Dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan, kejujuran dan amanah merupakan sifat penting yang perlu diterapkan dalam diri seseorang. Manakan tidak, ia boleh memberi kesan keseluruhannya bukan sahaja kepada kerjaya malahan orang di sekeliling juga.
Sama juga apabila terlibat dalam perniagaan, anda perlulah sentiasa jujur dengan setiap jualan atau perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.
Perkongsian Fahmi Nahrawi di Facebook mengenai kejujuran seorang pekerja bengkel ini mungkin boleh memberi satu inspirasi dan tauladan yang baik buat semua orang.
Menerusi perkongsiannya, Fahmi mengatakan bahawa apa yang dialaminya sangat simple tetapi ia memberikan kesan yang mendalam buatnya. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Semalam kebetulan nak beli makanan sebelum masuk jam 8.00pm, nampak jarum temperature kereta dah mula slow-slow naik. Jadi, tindakan yang aku ambil pagi tadi adalah bawa kereta ke bengkel untuk cek apa-apa masalah yang berlaku.
Nak dipendekan cerita, brother kat bengkel tu lepas cek dia bagitahu kemungkinan problem pada thermostat, waterpump atau enjin. So, dia sambung cek, sambil cek tu dia bagitahu kalau tukar thermostat dalam RM 120-150 camtu (aku tak berapa ingat) termasuk pemasangan. So dalam bajet lagi tu. Bersyukur la risau melayang lebih.
Cek punya cek dia kata okay je takde masalah so kemungkinan waterpump. Aduh, aku garu kepala. Kalau waterpump berapa pulak harga? Brother tu cakap waterpump sekali pasang (upah) RM 250. Dalam hati aku ni alamak bertambah pulak. Tapi apa pilihan yang ada selain tukar juga part tu. Kalau tak overheat lagi pening mat.
Aku tanya brother tu boleh siap awal ke? Member tu cakap eh tenghari or petang juga ni bang sebab banyak part nak buka kalau tukar waterpump. Ah..sudah! Aku pulak terkejar nak bertugas zohor ni. So aku decide untuk tinggal kereta dan bagitahu brother tu aku ambil petang. Dia pon ambil nombor telefon aku dan bagitahu apa-apa dia roger.
Dalam jam 1.22 pm brother tu mesej. Macam tak sangka. Tak ramai orang yang jujur dalam perniagaan. Lagi-lagi dalam perniagaan automatif khususnya macam bengkel kereta atau motor. Sebab aku sendiri pernah kena ‘kapak’ betulkan motor or kereta dekat tempat yang aku tak biasa. Sebab ada part yang kau tak perlu tukar pon tapi disebabkan sifat tamak dan tak jujur so semua part dia nak tukar. Hasilnya beribu jugak habis.
So, point of view status aku ni. Berniagalah dalam bidang apa pon, yang penting jujur. Tak semua manusia kuasai bidang yang kau ceburi sehingga kau sanggup nak ‘kapak’ orang tu dengan harga yang tak masuk akal. Hidupkan kejujuran walaupun brother ni boleh je nak tukar semua benda asalkan dia dapat keuntungan. Tapi dia tetap mesej dan bagitahu part ni takde masalah, hanya tukar beberapa benda sahaja walaupun harga tu murah.
Simple guys! Kau mungkin tak kaya. Tapi sifat kejujuran kau tu lagi kaya. Mungkin ni asbab kebaikan dia untuk masuk syurga. Sorry, post aku ni simple tapi terkesan dalam hidup aku. So aku abadikan status ni untuk semua belajar.
Sumber: Fahmi Nahrawi