Siakap Keli
Gambar: Mirror.co.uk

Penduduk Setempat Pelik Jutaan ’Benda’ Hitam ‘Banjiri’ Pantai, Rupa-rupanya..

Misteri bahan hitam yang merosakkan pantai di Amerika Syarikat telah dikenal pasti merupakan jutaan serangga yang mati, lapor portal Mirror.

Menurut sumber, para pakar menerima kes itu setelah laporan dibuat mengenai pemandangan aneh di Pantai Wells, Maine itu.

Penduduk tempatan perasan ada bahan gelap aneh yang mengotorkan kaki para pengunjung pantai yang menikmati kawasan itu.

Menurut seorang pengunjung, Ed Smith, dia telah berjalan di pantai itu selama bertahun-tahun. Namun, katanya dia tidak pernah melihat yang seperti itu apabila terlihat pemandangan pelik itu pada hari Ahad lalu.

Tambahnya, puluhan penduduk tempatan lain juga telah melihat pemandangan aneh itu, yang menurutnya telah mengotorkan kakinya.

Portland Press-Herald melaporkan bahawa Steve Dickson, ahli geologi marin bersama Maine Geological Survey, mendapati bahawa bahan hitam itu sebenarnya adalah ‘bangkai kolektif berjuta-juta serangga mati.’

Steve berkata: “Ini adalah kali pertama saya melihat atau mendengar perkara ini selama 35 tahun. Biasanya sepanjang tahun ini, kami mendapat panggilan mengenai rumput laut yang terlalu banyak (berbungkus) di pantai dan lalat yang berkeliaran di sekitar rumput laut yang membusuk. Tetapi bukan serangga itu.”

Katanya, dia masih menjalankan kajian dengan ahli entomologi untuk mengetahui tentang asal usul serangga itu. Tetapi dia tidak menyangka ia akan menjadi fenomena berulang dan serpihan serangga yang tertinggal kemungkinan akan segera dibawa ombak.

Dilaporkan, Linda Stathoplos dan John Lillibridge, pasangan suami isteri yang merupakan pesara juru laut (oceanografer), turut diminta untuk menyelesaikan misteri tersebut.

Linda berkata: “Saya mengumpulkan beberapa bangkai, membawanya balik dan meletakkannya di bawah mikroskop saya. Ia jelas merupakan pepijat kecil.”

Ditanya mengapa pepijat itu mungkin mengotorkan kaki orang, Dickson mengatakan bahawa ia sering memakan tanaman yang mempunyai pigmen. Di beberapa negara, pepijat masih digunakan untuk mewarnakan pakaian.

Tambahnya, “Anda tidak akan tahu apa yang akan dibawa oleh alam semula jadi pada masa akan datang.”

Sumber: Mirror.co.uk

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.