Siakap Keli
Gambar: Bernama

Permit Pergerakan Bagi Pekerja Sektor Perlu Ekonomi Yang Tamat Pada 14 Jun Masih Diterima PDRM Sehingga ‘Lockdown’ Tamat Pada 28 Jun – Hamzah

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan bahawa surat atau permit pergerakan yang telah tamat tempoh sehingga 14 Jun 2021 masih boleh diterima anggota penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga tamat tempoh ‘lockdown’ pada 28 Jun 2021.

Beliau memaklumkan berkenaan perkara tersebut menerusi sidang media yang diadakan sebentar tadi.

Beliau juga turut menegaskan bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati memalsukan surat dan permit pergerakan atau memberikan maklumat yang palsu kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan surat kebenaran tersebut.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.