Siakap Keli
Gambar: Mirror.co.uk

Tak Tengok Dahulu Sebelum Beli Rumah, Pasangan Ni Terkejut Temui ‘Bilik Rahsia’ Di Belakang Almari Pakaian

Sepasang suami isteri yang membeli rumah tanpa melihatnya terlebih dahulu terpana apabila menemui bilik tersembunyi yang tidak dimaklumkan sebelumnya, lapor portal Mirror.

Berdasarkan sumber, seorang pengguna TikTok, @Sissyhandshaw telah berkongsi video penemuan bilik itu di sana dan telah meraih hampir 16 juta ‘viewer‘ dan 1.3 juta ‘like‘.

Raine, 27 tahun itu menjelaskan bahawa disebabkan pandemik, dia dan teman lelakinya tidak mahu membuat perjalanan ke sana semata-mata untuk melihat rumah terlebih dahulu.

Jadi, melalui pengalamannya sebagai ejen harta tanah, mereka berasa selesa untuk membuat tawaran tanpa pergi melihat rumah yang dicari di internet itu.

Setelah 2 bulan melihat secara ‘online’ melalui 18 buah gambar di internet, akhirnya mereka dapat melihatnya di depan mata. Namun, mereka menyedari ada sesuatu yang sangat aneh tentang rumah itu.

Apabila merakam bahagian luar rumah, Raine mengatakan, “Bahagian depan rumah seperti bentuk rumah, dan bahagian belakang ada bentuk seperti ‘situasi menarik’ yang terletaknya pejabat saya.

Walau bagaimanapun, dikatakan ada bahagian rumah dengan atap kalis bunyi yang tidak dapat dilalui oleh pasangan itu.

Raine merakam video dirinya berjalan menaiki tangga ke pejabatnya, sambil berkata, “Jadi kamu boleh masuk ke sini, aku masuk ke sini setiap hari, ada sedikit almari. Itu saja. Seperti yang kamu lihat, tidak ada akses ke bahagian loteng sama sekali, di mana-mana sahaja. Ini adalah siling saya, ruang tamu saya, ruang makan, bilik tidur. Tidak ada cara untuk mengakses bahagian bumbung yang lain, seperti yang melekap di bahagian depan rumah.

Raine kemudiannya masuk ke dalam almari pakaian yang kecil dan menunjukkan sebuah panel di dinding. Setelah dibuka, ternyata terdapat sebuah bilik besar yang lain.

Katanya, itu merupakan sesuatu menarik kerana tiada mana-mana tempat untuk akses ke bilik itu dan mengatakan tembok itu masih baru. Malah, dikhabarkan lantai di dalamnya telah siap dibina, cuma keseluruhan bilik itu masih belum siap sepenuhnya.

Saya rasa menarik kerana mereka memasang tingkap di sini. Saya rasa ini sangat cantik. Terdapat banyak rumah lain di kawasan kami dengan pelan lantai yang sama, dan tangga mereka berada di tempat yang berbeza,” jelas wanita itu.

Namun, tidak bagi rumah mereka yang tidak mempunyai tangga di depan rumah untuk memasuki bilik itu.

Rentetan perkongsian itu, warganet turut terkejut dengan penemuan tersebut, malah banyak yang berminat untuk berkongsi cadangan untuk bilik itu.

Ada yang mengulas: “Jadikan bilik itu sebagai ‘panic room’, ia impian saya tetapi anda boleh binanya sekiranya anda mahu“.

Ada juga yang berpendapat, “Ubahsuai dan jadikan ia almari besar.”

Tidak kurang juga ada yang mengusik, “Nahhh mungkin ada alasan bilik itu disekat *batuk batuk* hantu syaitan *batuk batuk*.”

@sissyhankshaw

Ok part two for you weirdos!!!!!

♬ original sound – Sissy Hankshaw

Sumber: Mirror.co.uk

Nurul Nabila