Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Terima Laporan Temui Mayat, Setiba Di Tempat Kejadian Mayat Hilang Kerana ‘Diculik’ Buaya,

BRAZIL- Seekor buaya melarikan mayat seorang lelaki yang ditemui di sungai mengejutkan anggota bomba dan polis yang berada di tempat kejadian.

Pasukan tersebut segera datang ke lokasi kejadian selepas mendapat laporan yang mengatakan terdapat sekujur mayat lelaki yang tidak dikenali terapung di permukaan air.

Setibanya mereka, anggotapelik apabila tidak menjumpai mayat seperti yang dilaporkan.

Sebuah rakaman video menunjukkan seekor buaya mendekati mayat lelaki tersebut yang terapung, lapor The Sun pada 9 Jun.

Kompas.com melaporkan, binatang tersebut berenang mendekati mangsa dan menggigit serta menariknya ke dalam air.

Selepas lebih 24 jam, mayat ditemui selepas anggota bomba kembali melanjutkan pencarian mangsa.

Menurut anggota bomba, mereka berjaya menjumpai mangsa tanpa kesan luka. Selain itu, buaya tersebut masik berdekatan mangsa.

Seterusnya, mangsa dibawa ke Legal Medical Institute (IML) untuk dibedah siasat dan belum ada apa-apa maklumat mengenai bedah siasat yang dijalankan.

Sumber: Kompas.com

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.