Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa kes positif COVID-19 baharu yang dicatatkan hari ini berjumlah sebanyak 5,793 kes.
5,793 kes baharu yang dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia bertambah menjadi 652,204 kes secara keseluruhan.
Sehingga 12 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,793 kes (652,204 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,582 (212,985)
WPKL – 559 (66,754)
Sabah – 378 (65,708)
Johor – 504 (64,276)
Sarawak – 569 (54,899)
Negeri Sembilan – 618 (33,451) pic.twitter.com/QpZgQlJ8gN— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 12, 2021
Selangor masih lagi kekal sebagai negeri yang mencatatkan kes positif baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,582 kes.
Negeri Sembilan pula melonjak kepada negeri kedua tertinggi yang melaporkan kes baharu COVID-19 dengan mencatatkan sebanyak 618 kes.
Sarawak pada hari ini mencatatkan sebanyak 569 kes baharu sekali gus berada di kedudukan ketiga bagi negeri yang mencatatkan kes baharu tertinggi pada hari ini.
Negeri-negeri lain pula masih lagi kekal mencatatkan ratusan kes baharu pada hari ini kecuali Terengganu, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perlis sahaja.
Sumber: Noor Hisham Abdullah