Satu insiden yang kurang enak dilaporkan telah menimpa pasukan bolasepak Indonesia apabila pihak penganjur tersalah memutarkan lagu kebangsaan Indonesia.
Insiden salah putar lagu kebangsaan yang menimpa pasukan bolasepak Indonesia itu terjadi ketika mereka menentang Emiriah Arab bersatu (UAE) dalam aksi timbal balik kelayakan Piala Dunia 2022 Zon Asia Kumpulan G yang berlangsung di Stadio Zabeel, Dubai malam semalam.
Seperti kebiasaannya, sebelum perlawanan berlangsung, lagu kebangsaan kedua-dua pasukan akan dimainkan.
Indonesia mendapat giliran terlebih dahulu.
Para pemain Indonesia yang penuh bersemangat untuk menyanyikan lagu kebangsaan negara berkenaan telah siap-siap meletakkan tangan mereka di dada serta menghadapkan diri mereka ke arah bendera negara tercinta.
Ketika semuanya telah bersiap sedia, pihak teknikal telah tersilap memutarkan lagu kebangsaan Malaysia iaitu ‘Negaraku’ di sebalik lagu kebangsaan Indonesia iaitu ‘Indonesia Raya’.
Para pemain kelihatan bingung dan segera memprotes dengan mengangkat tangan dan menjerit.
Peminat Indonesia yang hadir di stadium Zabeel turut dapat didengari menjerit dengan menyatakan bahawa lagu yang dimainkan itu adalah lagu kebangsaan Malaysia.
Ekoran daripada itu, lagu Negaraku terus diberhentikan selepas pihak pasukan bolasepak Indonesia dengan pantas bertindak menegur kesalahan yang dilakukan oleh pihak teknikal.
Pihak teknikal segera menyelesaikan kekeliruan itu dan terus memutarkan lagu kebangsaan Indonesia.
Penonton yang hadir terus bertepuk tangan dan menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia selepas pihak teknikal menyelesaikan kesilapan itu.
Show us respect!!@afcasiancup @theafcdotcom @Indostransfer @MafiaWasit pic.twitter.com/iRNyKFRQDP
— Hobi Balbalan (@hobibalbalan) June 11, 2021
Udah kyk panitia pensi salah muter lagu pic.twitter.com/2gJSjGfZcW
— unmag (@unmagnetism) June 11, 2021
Sumber: Bolasport.com