Siakap Keli

(Video) Gadis Kecewa, Ayah Buat Cawan ‘The BTS Meal’ Yang Dibelinya Jadi Bekas Umpan Memancing

Baru-baru ini peminat K-pop band, BTS mendapat kejutan besar tak terduga apabila McD menawarkan set makanan khas ‘The BTS Meal’.

Bagaikan fenomena, set makanan yang unik dengan tema berwarna ungu itu menjadi rebutan peminat-peminat dari seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Namun, apa yang dialami oleh gadis dari seberang ini sungguh menyedihkan. Pada awalnya dia ada membeli satu set The BTS Meal dan mahu simpan cawan minumannya.

Tapi pepatah ada mengatakan, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hayat cawan eksklusif The BTS Meal itu tidak panjang kerana telah ‘disalah guna’ oleh ayahnya sendiri.

Nak tahu apa ayahnya buat? Jom tonton video ini.

@uwianissa

mao nangis 🥺🥺🥺😭😭😭😭😭 yallah bapak guaa mao mancing ikan kenapa harus pake itu si😭😭😭 #bts #xyzbca #mcdxbts

♬ Butter – BTS

“Mahu nangis. Ya Allah ayah aku nak mancing ikan..kenapa pakai cawan ni..” luahnya sebak.

Mentang-mentanglah ayahnya seorang ‘kaki pancing’ tegar, habis dibuatnya cawan The  BTS Meal itu jadi bekas simpan cacing. Apa lagi terus ‘terduduklah’ gadis ini.

Video ini telah ditonton lebih empat juta kali setakat ini dan menerima pelbagai maklum balas netizen. Mari kita lihat apa kata netizen di bawah ini:-

“Kenapa sampai susah-susah beli benda ni..”

“Derhaka kau kak sampai mengeluh tentang ayah gara-gara BTS…”

“Itu kan cuma gelas..”

Sumber: TikTok Uwi Anissa

"