Siakap Keli
Gambar via East Mojo

Sejarah: 5 Pemain Bola Ini Meninggal Dunia Selepas Tiba-Tiba Rebah Di Atas Padang

Hari ini, kita dikejutkan dengan insiden pemain tengah Denmark, Christian Eriksen yang rebah di padang. Eriksen walaubagaimanapun berjaya diselamatkan dan dilaporkan sudah sedarkan diri dan kini dalam keadaan stabil.

Insiden tak terjangka ini bukanlah pertama kali terjadi dalam dunia bola sepak. Malah terdapat juga pemain yang mengalami nasib yang lebih kurang sama dengan Eriksen, namun berakhir dengan kematian.

Ini lima pemain bola sepak yang rebah di padang namun berakhir tragis.

Marc Vivian Foe

Gambar via Google

Marc Vivian Foe merupakan pemain bola sepak asal Cameroon yang bermain untuk pasukan Manchester United. Dalam sebuah perlawanan menentang Colombia pada Jun 2003, Foe rebah di tengah padang pada minit ke-72. Walaupun masih hidup semasa tiba di pusat perubatan stadium, Foe dilaporkan meninggal dunia tidak lama selepas itu. Hasil bedah siasat mendapati Foe meninggal dunia kerana masalah jantung.

Antonio Puerta

Gambar via Eurosport

Pemain Sepanyol, Antonio Puerta meninggal dunia di usia 22 tahun selepas rebah dan tidak sedarkan diri 35 minit selepas perlawanan menentang Getafe dimulai. Beliau tiba-tiba rebah ketika berlari anak menuju ke pintu gol pasukannya. Puerta dilaporkan meninggal dunia tiga hari selepas kejadian kerana kegagalan organ yang menyebabkan serangan jantung secara berterusan.

Phil O’Donnell

Gambar via BBC

Phil O’Donnell merupakan kapten pasukan Motherwell yang meninggal dunia disebabkan kegagalan jantung dalam satu perlawanan menentang Dundee United pada Disember 2007. Pemain tengah berbakat ini pernah bermain untuk pasukan Scotland, Celtic dan Sheffield Wednesday sepanjang kariernya. O’Donnell rebah dalam proses pertukaran pemain.

Cristiano Jr.

Gambar via Google

Kematian Christiano Sebastiao de Lima Junior antara yang paling tragik dalam sejarah bola sepak. Pada Oktober 2004, Cristiano Jr. bermain untuk pasukan Goan Club Dempo dalam perlawanan menentang Mohun Bagan. Christiano Jr. tiba-tiba rebah dalam keadaan penjaga gol lawan sedang menangkis cubaan jaringan gol beliau. Semasa peristiwa mencengangkan ini terjadi, tiada seorang doktor pun di stadium tersebut untuk menyelamatkan beliau. Christiano Jr. meninggal dunia pada usia 25 tahun.

Cheick Tiote

Gambar via Google

Bekas pemain tengah Newcastle United, Cheick Tiote meninggal dunia pada usia 30 tahun semasa menjalani latihan bersama pasukan barunya untuk Liga China. Dalam sesi latihan hari itu, Tiote tiba-tiba pengsan dan dikejarkan ke hospital. Walaubagaimanapun, nyawa Tiote tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia pada Jun 2017.

Sumber: EastMojo

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.