Siakap Keli
Kredit: Google/Bernama

TERKINI: Tempoh Rayuan Bagi Permohonan BPR Akan Dibuka Mulai 15-30 Jun 2021, Ini Tarikh Bayaran Dan Jumlah BPR 2021

Individu yang ingin membuat rayuan bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh berbuat demikian bermula 15 sehingga 30 Jun ini.

Menurut kemaskini Kementerian Kewangan, pemohon boleh mengemukakan rayuan dan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi BPR LHDNM atau menghantar borang rayuan secara manual di mana-mana cawangan atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berhampiran secara janji temu.

Pemohon yang lulus rayuan akan turut menerima bantuan daripada BPR Tambahan berjumlah RM2.1 bilion yang diperkenalkan pada 31 Mei lalu.

Bantuan akan mula disalurkan pada Ogos 2021 (BPR Tambahan) dan September 2021 (BPR Fasa 3).

Ringkasan jumlah dan tarikh bayaran adalah seperti berikut:

Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi BPR di sini.

Sumber: Kementerian Kewangan

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.