Siakap Keli

Tindakan Pantas Boleh Bantu Selamatkan Nyawa, Ini Cara Yang Betul Buat CPR Penting Untuk Anda Belajar

Malam tadi kita digemparkan dengan satu kejadian di mana salah seorang pemain bola sepak Denmark rebah ketika bermain dan kapten pasukan tersebut telah memberi bantuan pernafasan segera sementara menunggu pasukan paramedik datang.

Walaupun kita tidak pernah mengalami kejadian seperti ini tetapi sekurang-kurangnya kita perlu tahu asas pertolongan cemas Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR) dengan kaedah penggunaan Automated External Defibrillator (AED),

Jadi, gambar rajah di bawah menunjukkan cara-cara asas yang korang boleh ikut sekiranya berlaku kecemasan seperti kejadian semalam.

Berdasarkan gambar di bawah menunjukkan bantuan pernafasan sekiranya berlaku untuk orang dewasa, kanak-kanak dan bayi.

Untuk orang dewasa, kita memerlukan dua tangan dan diletakkan di tengah-tengah antara buah dada di maan di situ adalah jantung manusia. Bagi kanak-kanak yang berusia 1 hingga 8 tahun, anda perlu menggunakan hanya satu tangan sahaja. Dan bagi bayi, hanya dua jari sahaja.

Selain itu, anda perlu menekan kedalaman 2 inci bagi dewasa dan kanak-kanak manakala untuk bayi adalah 1.5 inci sahaja dengan kelajuan 100-120 kali dalam masa satu minit kepada mangsa. Nisbah tekanan dada dan bantuan pernafasan adalah 30:2 iaitu 30 tekanan, 2 bantuan pernafasan.

Pastikan dada recoil ke posisi asal sebelum anda menekan semula. Dan kurangkan gangguan semasa menekan dada.

Moga perkongsian ini dapat membantu anda untuk menyelamatkan satu nyawa lain.

 

Sumber: Rock choir Yorkshire

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.