Siakap Keli
Gambar: Syahman Abu Hasan

(Video) Nak Bersih Dan Siang Siput Sedut, Ikuti Petua Mudah Yang Dikongsikan Oleh Lelaki Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siput sedut atau turut dikenali sebagai belitung banyak ditemui di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia seperti di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan sebagainya.

Siput sedut sering dijadikan hidangan masakan kerana keenakannya yang tiada tara, contohnya seperti masak lemak cili api siput sedut.

Namun, sebelum dimasak sudah tentu ada proses untuk membersihkan dan menyiang siput ini terlebih dahulu.

Oleh itu, terdapat beberapa petua mudah yang dikongsikan oleh Encik Syahman Abu Hasan sebelum dan semasa menyiang siput sedut.

Antara perkongsian yang dapat diringkaskan daripada video beliau adalah seperti di bawah.

Petua membersihkan siput sedut

Apabila siput sedut disimpan untuk dimasak pada keesokan harinya:

  1. Jangan simpan dalam peti sejuk kerana siput sedut akan mati. Apabila siput sedut yang mati dijadikan masakan, rasanya tidak akan sedap. Jadi, sebelum masak, pastikan siput sedut masih hidup.
  2. Beli kelapa parut, gaulkan dengan siput dan masukkan di dalam baldi. Petua ini bertujuan agar:
  • membantu mengeluarkan lendir-lendir pada siput sedut.
  • rasa siput akan jadi lebih manis daripada biasa.

Petua menyiang seput sedut

  1. Guna playar
  2. Pecahkan sedikit bawah cengkerang siput sedut – hanya 2 alur dari bawah sahaja.
  3. Selepas siang, basuh dan buang air cucian. Lakukan proses cucian berulang kali.
  4. Rendam dengan air garam selama 5 hingga 10 minit.

Jadi, setelah selesai mengikuti petua di atas, anda boleh mula memasak pelbagai resepi siput sedut yang anda idamkan. Selamat mencuba. Nak lebih mudah faham, jom tengok video di bawah cara mudah nak bersihkan dan siang siput sedut ni.

Sumber: Youtube Syahman Abu Hasan 

Nurul Nabila