Siakap Keli

Walau Hanya Sehelai Daun, Cara Pejabat Pos Jepun Hantar Daun Ni Ke Rumah Dengan Cermat Amat Mengagumkan

Rasanya semua sudah maklum, Jepun merupakan antara negara yang sangat ‘kemas’ serba-serbi, teratur dan berdisiplin rakyatnya.

Salah satu rutin yang harus dipuji adalah sektor perkhidmatan kurier dan penghantaran barang yang sudah tentu menjalankan tugas dengan amanah.

Inilah yang dialami sendiri oleh penyelidik di Fakulti Pengajian Informasi dan Alam Sekitar Universiti Keio, Hajime Ishikawa baru-baru ini.

Hajime memuat naik tiga keping gambar ‘unik’ ke Twitter yang memaparkan sehelai daun hijau. Namun apa yang menariknya, terdapat setem dan cop yang tertera pada daun tersebut.

Mungkin nampak macam tiada apa-apa, hanya sekadar sehelai daun dan setem. Namun apa yang berlaku sebenarnya jauh lebih bermakna daripada itu.

Pekerja pos beramanah

Gambar: Sora News

Daun yang dihantar itu merupakan poskad daripada sebuah projek alam sekitar, Tarayou Project yang menyebarkan kesedaran tentang kepentingan pokok Ilex Latifolia.

Menurut sejarah, daun pokok tersebut pernah digunakan sebagai tempat menulis (sebelum wujudnya kertas) oleh masyarakat asli di selatan Jepun dan timur China satu ketika dahulu.

Kini, pokok Ilex Latifolia telah menjadi simbolik dalam kempen kesedaran kumpulan Student Build Campus (SBC) di kampus universiti tersebut.

Sebagai penyelidik bidang alam sekitar, Hajime mengakui daun pokok Ilex Latofolia yang digunakan sebagai kertas bukan sahaja memiliki kualiti yang unik, bahkan berpotensi menjadi alat tulis tradisional sebagai alternatif lebih mesra alam.

Gambar: Sora News
Gambar: Sora News

Justeru bagi menyebar luaskan kempen ini, Hajime telah mengirim daun pokok tersebut ke ramai penerima termasuk alamatnya sendiri dan menulis alamat di belakang daun sebelum dihantar ke pejabat pos.

Di sinilah kemuncaknya bermula apabila pihak pejabat pos yang menerima dan menguruskan penghantaran daun itu menjalankan tugas dengan baik.

Difahamkan, walaupun hanya sehelai daun kecil, mereka begitu cermat mengendalikan kiriman, termasuklah menampal stem dan cop perakuan di depan daun dengan jelas.

Menariknya, daun kecil yang sudah dicop itu dihantar dengan cermat ke setiap penerima dalam keadaan ‘terdedah’ begitu saja tanpa sampul.

Gambar: Sora News

Apabila Hajime membuka peti suratnya setelah daun tersebut tiba, dia sungguh terkejut kerana daun yang diterimanya berada dalam keadaan sangat sempurna.

Malah tiada langsung kesan koyakan, kekotoran mahupun calar walaupun daun itu dihantar tanpa menggunakan sampul. Di sinilah Hajime berasa kagum dengan cara pihak pos Jepun bekerja.

Hajime memuat naik gambar daun berkenaan ke laman Twitter dan mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen. Rata-ratanya terkejut dan memperakui ketelitian kerja yang ditonjolkan oleh pihak pos.

Gambar: Sora News
Gambar: Sora News

Sumber: Sora News / Twitter Hajime

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.