Siakap Keli
Gambar: Mirror.co.uk

Berdebar, Foto Labah-Labah ‘Gergasi’ Terakam CCTV, Pandangan Ilusi Optik Ni Legakan Ramai Orang

Foto dari kamera trafik membuatkan warganet tergamam apabila ia kelihatan seperti labah-labah gergasi yang berhenti di hadapan sebuah kereta polis di jalan raya. Namun, ia bukanlah seperti yang  disangkakan, lapor portal Mirror.

Dilaporkan, labah-labah Arachnid yang menyeramkan itu telah ‘merangkak’ di atas kamera lalu lintas di M5 di Devon. Kemudian, ketika seorang petugas menggunakannya untuk mengimbas kemalangan, mereka menerima kejutan yang cukup besar.

Berdasarkan perspektif dalam fotografi, labah-labah pada mulanya kelihatan lebih besar daripada kereta polis yang berada di situ. Malah, ia seolah-olah merangkak ke arah seorang pegawai yang tidak sedar dan sedang meletakkan kon lalu lintas di jalan raya tersebut.

Walau bagaimanapun, menurut sumber, labah-labah yang ditemui antara persimpangan 7 dan 8 berhampiran Worcester itu hanyalah berukuran biasa.

Ternyata, ini hanyalah gambaran ilusi optik.

Maka, tidak perlu risau kerana labah-labah dalam situasi ini tiada kaitan dengan labah-labah gergasi, Shelob dari movie Lord of The Rings mahupun Aragog dalam movie Harry Potter.

Malah, ia pasti melegakan bagi mereka yang menghidap ‘arachnophobia’ (ketakutan melampau terhadap labah-labah).

Menurut portal, gambar yang membingungkan ini bukanlah suatu kejadian yang pertama kali dipaparkan secara ‘online‘.

Terdapat beberapa video ilusi optik lain yang ‘viral‘ seperti seorang lelaki melompat ke langit dan petak persegi yang kelihatan bergerak.

Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, boleh klik pautan di atas.

Sumber: Mirror.co.uk

Nurul Nabila