Bekas pemain badminton Indonesia yang memenangi emas Olimpik 2008, Markis Kido dilapor meninggal dunia akibat serangan jantung pada hari ini (14/6).
Berita tersebut disampaikan oleh bekas penerbit PBSI, Yuni Kartika, memetik CNN Indonesia.
“Ya, Markis Kido telah meninggal dunia,..Saya tidak tahu penyakit yang tepat,” kata Yuni.
BREAKING NEWS!! Telah meninggal dunia salah satu pebulutangkis terbaik tanah air “Markis Kido”😭😭😭 Semoga amal dan ibadahnya diterima disisi Tuhan YME!! Amin 🙏🙏🙏 Selamat jalan Markis Kido…
— YUNI KARTIKA (@YuniKartika73) June 14, 2021
Menurut Kompas.com, Markis Kido meninggal dunia dipercayai kerana mengalami serangan jantung ketika sedang bermain badminton.
Markis Kido pernah menyumbangkan pingat emas buat Indonesia pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing ketika digandingkan dengan Hendra Setiawan.
Pada 2007, Markis memenangi Kejuaraan Dunia BWF di Kuala Lumpur, Malaysia. Dia juga menyumbang pingat emas pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.
Sumber: CNN Indonesia