Siakap Keli
Gambar: Tyra Manan

Resipi ‘Cucur Udang Tak Serap Minyak’ Raih 3.2k Perkongsian, Ini ‘Rahsia’ Cucur Jadi Kembung Tapi Tak Serap Minyak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernah rasa cucur yang digoreng terlalu berminyak? Mungkin itulah yang sering dielakkan oleh ramai orang terutamanya golongan wanita yang sering terlibat dalam aktiviti memasak.

Situasi tersebut apabila makanan atau lebih khususnya cucur yang digoreng serap minyak sehingga boleh menjejaskan selera seseorang. Namun begitu, tidak perlu dikhuatiri kerana seorang wanita ada berkongsikan resipi cucur udang dan cara untuk elak serap minyak.

Gambar: Tyra Manan

Perkongsian tersebut telah meraih 3.2k perkongsian, bermakna sambutan terhadap resipi wanita ini sangat memberangsangkan. Jom kita ikuti resipi cucur udang Tyra Manan dalam perkongsian di bawah:

CUCUR UDANG TAK SERAP MINYAK
BAHAN-BAHAN:
Tepung gandum – 1/2kg
Tepung beras – 2 tbsp
Bawang besar – 1 labu (potong dadu)
Telur – 2 biji
Taugeh – 1 cawan
Kucai
Udang kertas (kopek kulit)
Udang biasa (untuk hiasan atas)
Air – 3 Cawan
Garam – Secukup rasa
Gambar: Tyra Manan
Gambar: Tyra Manan
CARA-CARA:
Campurkan je semua bahan lepastu perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh je tapi nanti tak berapa sedap, dia jadi keras.
Gambar: Tyra Manan
*Ni la rahsia dia kembung tapi tak serap minyak, perap kan je sebab kita tak guna baking powder tau.
================================
CARA NAK GORENG:
Panaskan 2 kuali. 1 untuk menggoreng, 1 lagi untuk panaskan senduk. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tak panas nanti melekat.
Bila senduk dah panas, masukkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang kat atas, terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng.
Gambar: Tyra Manan
Gambar: Tyra Manan
Goreng sampai garing warna coklat keemasan. Ok siap!
Makan dengan partner sos dia ni, memang layan betul.
================================
BAHAN SOS:
Cili masak
Bawang putih
Gula
Garam
Cuka
Sos cili
Tepung jagung – bancuh dengan air
Rebus cili & bawang putih lepastu blend sampai hancur. Masakkan dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam & cuka. Tambah 2-3 sudu sos cili untuk nampak warna cantik. Last sekali baru masukkan air tepung jagung.
Selamat mencuba! Jangan lupa kredit Tyra okies!
Gambar: Tyra Manan
Gambar: Tyra Manan
Gambar: Tyra Manan

Sumber: Tyra Manan

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa