Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google/ Dr Raihana

Teringin Anak Tapi Hidap PCOS, Doktor Kongsi 6 Tips Ikhtiar Hamil Secara Semula Jadi Buat Bakal Ibu

Bagi wanita yang sudah berkahwin, sudah pastinya sentiasa mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata bersama suami yang tercinta. Pun begitu, tidak semua wanita berpeluang untuk hamil dek kerana pelbagai masalah wanita atau komplikasi yang tak dapat dielakkan.

Antaranya ialah Sindrom Polisistik Ovari(PCOS) yang merupakan salah satu penyakit yang lazim dialami oleh wanita yang sukar hendak hamil. Pun begitu, ianya bukanlah bermakna wanita itu tidak boleh hamil, tetapi sedikit sukar berbanding wanita yang tidak mempunyai penyakit ini.

Masalah PCOS yang dialami oleh wanita juga akan menyebabkan masalah ketidakseimbangan hormon di dalam badan sehingga boleh menyebabkan wanita tak berovulasi dan tidak jumpa waktu subur dalam satu kitar haid.

Ikhtiar Hamil Walau Ada PCOS

Walaupun diketahui bahawa wanita dengan masalah PCOS sukar untuk hamil, namun ada juga ikhtiar yang boleh dilakukan agar  wanita tersebut dapat menimang cahaya mata bersama suami tercinta.

Dr Raihana yang pernah berkhidmat di klinik swasta miliknya sendiri dan juga pakar membantu ramai pasangan yang alami masalah kesuburan ada menyenaraikan 6 tips ataupun panduan pemakanan bagi pesakit PCOS sebagai ikhtiar untuk hamil secara semulajadi.

Diet Rendah Karbohidrat

Menurut Dr Rai, pengamalan diet rendah karbohidrat juga penting bagi wanita yang mengalami masalah PCOS. Perkara ini rentetan daripada dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa wanita yang menghidapi PCOS tidak boleh mengambil karbohirat seperti nasi dan kentang.

Setiap hari orang yang ada PCOS boleh ambil karbohidrat, tapi adalah yang rendah. Bukanlah ambil dalam kuantiti banyak. Contohnya kalau nasi, portion dia satu pinggan kita bahagi empat, 1 per 4 tu nasi dan yang lain tu lebihkan sayur dan buah dan juga 1 per 4 tu kena ada protein.

Gambar: Mount Alvernia Hospital

Gabungan Protein Dan Lemak

Selain daripada pengambilan karbohidrat, Dr Rai mengatakan bahawa wanita yang menghidapi PCOS juga perlu mengambil protein dan sedikit lemak. Perkara ini adalah kerana untuk mengelakkan glukosa dalam darah naik secara mendadak sekiranya tidak mengambil makanan protein atau lemak seperti ikan dan sayur. Ianya akan menyebabkan insulin dirembeskan terlalu cepat dalam masa yang sama.

Maknanya dalam satu hidangan, dia kena gabungkan protein sikit, ada lemak sikit. Kita tahu hati kita memang perlukan sedikit lemak yang baik iaitu lemak daripada Olive Oil, minyak Zaitun, minyak bunga matahari, minyak buah tin. So kita perlukan sedikit minyak dan juga protein supaya insulin tidak dihasilkan secara mendadak.

Contoh makanan yang kita sarankan ialah avocado dengan toast. Contohlah dia nak ambil karbohidrat, ambil lah wholemeal bread dan jangan roti putih, kita letak sedikit avocado lepastu letak telur ayam dan rebus jangan terlalu masak.

Jadi dia dah seimbang kat situ, dah ada protein, sayur avocado tu dan dia ada karbo. Ini adalah cara pemakanan orang yang ada PCOS. Kena makan serentak.

Gambar: Bicycling

Makan Makanan Berwarna Semula Jadi

Dalam masa yang sama, pengambilan variasi dalam pinggan juga amatlah penting terutamanya bagi wanita yang mengalami PCOS. Ini bermaksud mereka perlu mengambil sumber-sumber makanan berwarna semula jadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dan bukannya makanan yang ditambah pewarna tambahan.

Warna hijau kita tahu ia adalah  sumber fitonutrien , nutrisi yang banyak diperlukan orang PCOS. Contohnya Inositol, sayuran hijau. Tapi masalah kita cara masak ialah goreng, bila dah digoreng zat tu dah hilang sebenarnya. Jadi yang terbaik adalah celur sekejap sahaja kemudiannya makan. Ataupun ulam-ulam basuh bersih, celur kejap dah boleh makan.

Makanan warna kuning seperti buah-buahan warna kuning kaya dengan vitamin C. Salah satu tanda kita ada Insulin Resistant adalah kita ni mudah terkena jangkitan kuman sebab tu la kita perlukan makanan berwarna kuning seperti lemon, limau dan oren.

Dan juga makanan berwarna merah seperti Strawberry sebab ada vitamin A dan C, tomato pun bagus untuk orang yang ada PCOS. Jadi dalam hidangan tu biarlah berwarna warni.

Gambar: Academy of Nutrition & Dietetics

Maknanya dalam pinggan tu satu portion, satu per empat tu nasi, yang atas tu buah-buahan warna kuning dan merah, yang bawah tu letaklah warna hijau. Maknanya kita punya pinggan tu colourful.

Makanan Tinggi Sumber Omega 3

Pengambilan makanan tinggi sumber Omega 3 adalah kerana kebiasaannya bagi orang yang mengalami PCOS, kilang telurnya gagalkan mematangkan telur ovum. Jadi, pengambilan makanan ini adalah untuk membantu Ovum matang dengan sempurna dan bantu kekenyalan dinding rahim. Jadi apa sumber Omega 3 ?

Sumber Omega 3 seperti ikan Salmon, ikan selayang, ikan laut dan bukannya ikan bisa ya seperti ikan keli… Ikan keli adalah Omega 6 dan bukannya Omega 3.

Bezanya Omega 6, kolestrolnya tinggi, Jadi untuk orang PCOS memang kena elak Omega 6, Omega 12 pun kena elak. Kena Omega 3 sahaja.

Sumber lain adalah seperti kacang walnut, badam, kacang botak, yang tiada perasa. Mungkin dalam salad anda nak buat, letaklah sikit Chiaseed dan Flaxseed pun.

Gambar: Medical News Today

Fokus Pada Kompleks Karbohidrat

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, orang yang mempunyai PCOS juga boleh mengambil karbohidrat namun perlulah terkawal. Seperti yang dinyatakan oleh Dr Rai, kompleks karbohidrat adalah seperti beras perang, yang mana bila kita makan, karbo lambat sikit ditukar jadi glukosa. Contoh lain adalah seperti oat, gandum dan roti gandum.

Yang tak bagus adalah simple karbo. Simple karbo adalah yang telah terproses seperti roti putih, tepung gandum dan tidak disyorkan untuk orang PCOS.

Antara lain ialah pasta, spageti adalah simple karbo. Ia boleh makan tapi berpada-pada atau sekali sekala tu bolehlah dan jangan dijadikan rutin setiap hari.

Makan Kerap Tapi Kuantiti Sikit

Bagi orang yang mengalami PCOS juga perlu mengawal kuantiti makan namun dibolehkan untuk makan dalam kadar yang kerap. Seperti yang Dr Rai katakan, dalam masa sehari dibenarkan ambil makanan berat sebanyak tiga kali sahaja.

Makan kerap ni maknanya dia ada snack sikit. Contohnya pagi kita makan berat, pastu antara pagi dan tengahari ada snack sikit. Sebab kita tak nak setiap kali dia makan nasi banyak, insulin tu dihasilkan terlalu cepat.

Tambah Dr Rai, para wanita juga perlu memerhatikan tanda-tanda Insulin Resistant yang boleh menghampiri kepada penyakit PCOS. Perkara ini adalah kerana ada juga wanita yang tidak tahu bahawa dirinya terdedah kepada simptom PCOS. Antara lima yang dimaklumkan oleh Dr Rai adalah seperti berikut:

  1. Susah turun berat badan
  2. Craving benda manis dan sumber karbohidrat
  3. Mudah jatuh sakit disebabkan oleh imunisasi rendah
  4. Mudah letih
  5. Tona kulit jadi gelap, kusam
Gambar: HelpGuide.org

Sebenarnya, pelbagai lagi ikhtiar yang boleh diusahakan oleh pasangan suami isteri untuk memiliki cahaya mata. Antara yang lain ialah  perlu memastikan keadaan tubuh badan mereka sihat seperti hormon haid yang stabil dan teratur. Minuman tambahan seperti Efferty merupakan nutrisi persediaan hamil yang sesuai bagi para wanita yang sedang berikhtiar untuk hamil.

Selain daripada perkongsian di atas, anda juga perlu menimba pelbagai lagi ilmu dan pengetahuan mengenai kehamilan bagi wanita hidap PCOS dan juga yang berkaitan dengan kehamilan. Mana lah tahu dengan ilmu baru yang dipelajari dan dipraktikkan akan membuahkan hasil.

Nak dapatkan tips lebih lagi khusus untuk yang sedang berikhtiar mendapatkan zuriat, anda boleh layari halaman Telegram Komuniti Efferty dan juga Telegram Dr Raihana Ismail Official.

Tak rugi pun kalau join sebab tips-tips hamil yang dikongsikan oleh Dr Rai telah memberi manfaat kepada ramai orang. Antaranya ialah dalam tempoh 18 bulan, lebih 800 wanita telah berjaya hamil dengan izin Allah di samping melakukan ikhtiar yang dicadangkan oleh Dr Rai.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.