Siakap Keli
Gambar: @kkney01 via Tiktok

(Video) Tak Perlu Sental Kuat-Kuat, Beli & Guna ‘Spray’ Ni Kat Lantai Bilik Air, Terus Berkilat & Nampak Baru

Bilik air di rumah merupakan salah satu tempat yang perlu sentiasa dijaga kebersihannya selain ruang tamu dan kawasan rumah yang lain. Mana tidaknya, tempat itulah yang paling kerap dikunjungi oleh ahli rumah pada setiap hari.

Kalau tetamu datang ke rumah, pasti lebih malu sekiranya tuan rumah tidak menjaga kebersihan bilik air, kan? Nak masuk pun, fikir dua tiga kali dahulu kerana lantainya yang kotor serta bau yang tidak menyenangkan.

Jadi, setiap ahli rumah perlulah saling bekerjasama untuk menjaga kebersihan bilik air. Paling kurang pun, setiap seminggu sekali kena ada ahli yang bertanggungjawab membersihkannya.

Tapi jangan risau sebab seorang wanita ada kongsikan cara mudah untuk bersihkannya. Menerusi perkongsian kkney01 di Tiktok, dia hanya menggunakan penyembur dipegangkan dan menunggu sekitar 5 minit sebelum dilap dan dibilas dengan air.

Antara petua mudahnya ialah:

  1. Guna spray (dibeli di Shopee), spray dan biarkan selama 3-5 minit.
  2. Lap dengan kain bersih. Tak perlu sental kuat-kuat dah.
  3. Mop dengan air bersih supaya lantai tak melekit.

Saksikan video penuhnya di bawah.

@kkney01

Buat kat bilik air korang confirm berkilat tau. Sharing is caring kan ☺️#foamcleaner #cucilantai #sharingtips

♬ Kucu Kuca – Chorus – Lia Aziz

Sumber: Tiktok @kkney01

Jom dapatkan ‘biao bang multipurpose foam cleaner’ disini

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.