Siakap Keli

Nak Cari Duit Belanja Harian, Pemuda OKU Ini Jual Kerepek Mohon Sokongan Dari Netizen

Pada waktu ini, ramai yang mencari pendapat dengan berniaga atas talian. Walaupun perkara ini agak baru untuk sesetengah orang, namun akibat pandemik ini, perniagaan atas talian merupakan satu langkah yang perlu dipraktikkan.

Bagi seorang lelaki yang bergelar orang kurang upaya (OKU) ini tidak menjadi penghalang untuk mencari rezeki yang halal bersama sahabat karibnya. Bahkan kegigihan yang ditunjukkan berjaya membuatkan warganet berasa sebak dan terharu.

Perkara ini mula tular apabila Daniel Cheng yang berusia 30 tahun ini menggunakan medium Twitter untuk mempromosikan jualannya kepada orang ramai. Semangat inilah yang kita mahukan, tidak kisah dengan kekurangan diri dan sentiasa positif.

Hi semua. Nama saya Daniel seorang oku bekerusi roda berumur 30 berstatus anak yatim piatu. Di sini saya ingin memohon bantuan dari kamu semua untuk membeli kerepek dan biskut yang saya jual ni kerana saya ingin mencari rezeki yang lebih bagi menampung kos kehidupan saya seharian.

Saya pon ade menjual mask dewasa RM25 untuk 50 keping. Jangan malu jangan segan untuk support saya.. Nak beri sumbangan pon boleh. Semua hasil jualan saya ini saya buat dengan sahabat karib saya.

Wassap saya di http://wassap.my/+60162758379 untuk mendapatkan mask atau kerepek sekarang.

Pembelian anda amat saya hargai kerana saya dapat menambah modal jualan saya. Terima kasih..

 

Sumber: Daniel Cheng

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang