Siakap Keli

Orang Ingat Jual Coklat Tak Boleh Berjaya, Pasangan Muda Ni Buktikan Mampu Jual 30 Tan Coklat Dalam Sebulan

Luarannya nampak tenang, tapi dalamannya hanya tuhan sahaja yang tahu. Itulah kata-kata yang boleh diungkapkan ke atas sepasang suami isteri yang juga usahawan bernama Encik Farhan Zainuddin dan isteri, Ticer May Sarah Nadiah Meor Mohamad ini.

Kejayaan yang dikecapi oleh mereka pada hari ini tidaklah datang bergolek dengan senang sahaja. Kejayaan mereka ini sebenarnya adalah hasil pengorbanan dan kerja keras mereka dalam keinginan untuk mengubah nasib hidup mereka selepas berkahwin.

Menurut Encik Farhan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Chocodap’s, dia menyifatkan bahawa kejayaan yang mereka kecapi pada hari ini bukanlah seperti apa yang semua orang biasa tonton seperti dalam drama-drama di televisyen.

“Kisah hidup kami bukanlah seperti dalam drama di televisyen yang memaparkan anak muda yang duduk di kerusi Ceo sebaik pulang daripada luar negara. Saya dan isteri dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga serba sederhana.

“Selepas tamat pengajian di Universiti Putra malaysia (UPM) yang memegang Ijazah Sarjana Muda Kimia Industri, saya diterima bekerja sebagai Juruaudit di salah sebuah pasaraya terkemuka manakala isteri pula bertugas sebagai guru di sekolah kerajaan. Pada waktu itu, kami menjalani kehidupan seperti orang lain yang bekerja dari 9 pagi hingga 6 petang. Alhamdulillah kehidupan kami berdua cukup makan dan pakai,” ujarnya.

Niat untuk ubah hidup dengan berniaga dipengaruhi oleh keluarga

Sewaktu kami duduk di rumah tingkat 8

Beliau mendakwa bahawa niatnya untuk mengubah hidupnya dengan menceburi perniagaan juga turut dipengaruhi oleh keluarganya juga. Ini kerana, dibesarkan dalam keluarga yang berniaga telah membuatkannya berhasrat untuk mengikut jejak langkah yang serupa.

“Bapa mertua berniaga kedai makan manakala ibu bapa saya pula mengusahakan perniagaan tadika. Membesar dengan melihat mereka berniaga, kami juga mahu ikut jejak mereka. Cuma saya masih was-was untuk berhenti kerja kerana pada waktu itu isteri bakal melahirkan anak tidak lama lagi.

“Sebagai ketua keluarga sudah tentu banyak hal perlu saya ambil kira sebelum berhenti. Namun begitu, aturan Allah SWT amat indah. Perasaan takut itu mula hilang malah bertukar yakin untuk mencuba,” ujarnya.

Pahit manis sebelum mengecapi kejayaan

Setiap perniagaan pasti ada pasang surutnya sebelum berjaya sampai ke puncak. Menurut Ticer Sarah, ideanya untuk melahirkan jenama Chocodaps ini adalah hasil daripada pengalamannya yang lalu. Pada sebelum ini, beliau pernah cuba menjual beberapa produk termasuklah kek buatannya sendiri.

“Pada Oktober 2015, saya ajak suami untuk start bisnes. Untuk saya, jual coklat tak ‘renyah’ berbanding produk makanan lain. Permintaan pula sentiasa ada. Sesungguhnya, kami bermula dari zero. Tanpa dibantu sesiapa, semua urusan perniagaan dilakukan di pangsapuri kos rendah yang disewa waktu itu.

pada tahun 2018, bepindah dari rumah ke kedai pertama

“Waktu itu anak masih kecil (seorang berusia dua tahun dan seorang lagi memasuki usia tiga bulan). Tak kenal erti penat ketika itu. Bayangkan kami tinggal di tingkat lapan dengan lif selalu rosak dan saya mengangkat coklat berkotak-kotak sampai ke atas.

“Memandangkan kami masih belum mampu membayar pekerja pada waktu itu, segala urusan pemasaran, layan pesanan ringkas, urus penghantaran kepada ejen dan pelanggan dilakukan kami berdua. Tahun 2016 merupakan tahun paling mencabar buat kami berdua memandangkan kami dalam fasa nak ‘mendaki’ lagi,” katanya.

Terpaksa berhadapan dengan tentangan daripada keluarga

Menurut Farhan, keluarganya tidak menyokong keputusannya untuk berhenti daripada kerja bagi fokus dengan perniagaannya ketika dia mengambil langkah berani itu pada awalnya.

“Sebagai orang tua, mungkin mereka bimbang jika percaturan kami tidak berhasil. Kami tidak kecil hati malah nekad untuk membuktikan angan-angan boleh menjadi kenyataan.

“Alhamdulillah selepas hampir enam tahun, here we are! Syukur kami dapat membuktikan kepada ibu-bapa segala usaha akhirnya dibalas dengan kejayaan berganda. Bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada ibu-bapa malah syarikat di bawah jenama Chocodap’s berjaya mengubah hidup puluhan ribu usahawan,” kongsinya gembira.

Genap 5 tahun perniagaan mereka, Encik Farhan Zainuddin dan Ticer Sarah mula mendapat tempat dan nama dalam akhbar dan juga televisyen. Pada tahun 2019, kedua-dua mereka pernah dijemput menghadiri program segmen khas di televisyen antaranya ialah Nona di saluran TV3, Selamat Pagi Malaysia RTM & Bernama untuk berkongsi kisah kejayaan perniagaan mereka.

Mempunyai 30 buah bil board di sekitar lembah Klang

Di waktu itu, syarikat milik mereka dilaporkan telah memiliki lebih 40,000 orang ejen dan dropship yang berdaftar di samping 40 kakitangan bagi membantu pengurusan syarikat.

Tahun 2020, berpindah ke lot industri rendah ( 2 lot ) dengan staff seramai 40 org

Dengan strategi dan sistem pengurusan yang cekap, Chocodap’s berupaya untuk menghasilkan jualan lebih 30 tan coklat dalam tempoh sebulan.

Total capacity stok coklat sehingga 40 tan

Perniagaan yang mulanya secara kecil kecilan, kini kian membesar sehinggakan mampu untuk membuka pejabat dan sebuah gudang. Mereka juga baru sahaja membuka sebuah lagi gudang baru yang beroperasi di Sendayan, Negeri Sembilan.

Penghujung tahun 2020, buka cawangan kedua di negeri sembilan

Bukan itu sahaja, mereka juga dapat berkongsi rezeki dengan ahli keluarganya dan juga kakitangannya. Buktinya adalah Ticer Sarah mampu untuk menghadiahkan sebuah rumah yang selesa dan sebuah kenderaan untuk kedua ibu-bapanya.

Hadiah kan rumah untuk ibu bapa

“Rezeki yang dikurniakan pada hari ini juga berkat doa kedua ibu-bapa kami. Alhamdulillah bila dapat rezeki lebih, sudah tentu kami mahu senangkan ibu-bapa dulu.

Dapat berikan ibu kenderaan yang lebih selesa

“Dengan keuntungan berniaga, kami dapat melangsaikan hutang ibu-bapa. Saya nak tengok mereka senang hati dan tidak perlu memikirkan beban hutang di hari tua. Dalam masa sama, saya juga dapat membayar kos perubatan bapa sebanyak RM 30,000,” katanya.

Pemilihan lokasi gudang terbaru itu difahamkan dibuat selepas kedua-dua mereka membeli sebuah rumah dua tingkat yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Setelah 6 tahun berusaha, berjaya miliki rumah idaman

Kisah kejayaan pasangan usahawan Chocodap’s ini sedikit sebanyak pasti dapat memberikan inspirasi kepada mereka-mereka yang juga ingin berjaya atau mahu cuba berkecimpung dalam dunia perniagaan.

(Dapat beli kereta idaman)

Mereka juga komited untuk terus memimpin, berkongsi ilmu & pengalaman jualanĀ  mereka kepada usahawan di bawah bimbingan mereka untuk memastikan mereka juga mampu mengubah kehidupan mereka lebih baik.

(Bersama key leaders chocodaps. Kami nekad nak bantu lebih ramai lagi untuk berjaya bersama kami)

Aqmal Ezany

I write what is right