Siakap Keli
Gambar hiasan: Bernama

Permohonan UPUOnline Dibuka Semula Mulai 15 Jun Sehingga 21 Jun

Kepada adik-adik yang baru sahaja menerima keputusan SPM  baru-baru ini, pasti berkobar-kobar untuk memohon mana-mana IPT bagi menyambung pelajaran.

Selain daripada IPT swasta, graduan SPM boleh memohon universiti awam melalui laluan UPU secara dalam talian.

Kini, permohonan UPUOnline bagi lepasan SPM sesi akademik 2021/2022 telah dibuka semula seperti yang dimaklumkan dalam laman Facebook Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU.

Permohonan boleh dibuat sekiranya pemohon tidak sempat atau tidak pernah memohon UPUOnline sebelum ini.

Tarikh permohonan dimaklumkan akan dibuka pada 15 Jun 2021 (Selasa) pada jam 12 tengah hari. Tempoh permohonan ini akan ditutup pada 21 Jun 2021 (Isnin) pada jam 5 petang.

Pemohon boleh mengambil tindakan mengikut kategori yang disediakan:

1. Kategori pemohon yang belum pernah memohon

  • Pemohon boleh kemukakan permohonan dan pilih program pengajian

2. Kategori pemohon yang telah memohon

  • Pemohon boleh mengemaskini pilihan program pengajian

Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi di SINI.

Sumber: Facebook Kemasukan BPKP JPT

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.