Siakap Keli
Gambar: Metro

Tragis, Anak Tergamak Bunuh, Kelar Mak Sendiri & Susun Cebisan Organ Depan Pintu Rumah

Seorang lelaki didakwa tergamak membunuh ibunya yang berusia 80 tahun sebelum meninggalkan mayat dan cebisan organnya di pintu rumah.

Alfredo Paratore, 49, pada awalnya melakukan perbuatan tersebut di rumah mereka di Lynn, Massachusetts dalam satu kejadian pada Jumaat baru-baru ini.

Bagaimanapun Alfredo kemudiannya menghubungi polis dan mendakwa; dia baru tiba di rumah dan mendapati ibunya, Katherine Paratore, 80, sudah dibunuh (kononnya oleh seseorang) dan mayatnya berada di depan pintu.

Ketika melaporkan ‘penemuan’ tersebut, suaranya agak bergetar dan dia turut mendakwa tidak ingat bilakah kali terakhir berjumpa dengan ibunya itu.

Polis hidu sesuatu

Usai menerima laporan, pihak polis bergegas ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan sebelum menemui sesuatu yang mengejutkan.

Ketika polis tiba sekitar jam 8 malam, mayat Katherine ditemui dalam keadaan bogel serta mengalami kecederaan teruk termasuk kesan tusukan yang dalam di bahagian selangka kanan dan tangan kanannya.

Gambar: Metro

Dalam masa sama, lengan, leher dan kepalanya pula mempunyai kesan lebam yang banyak selain gigi palsu yang dipakainya ditemui tercampak di sebelah bahunya di atas tanah.

Tidak cukup dengan itu, organ-organ dalamannya pula ditoreh keluar dan disusun di atas alas kaki di depan pintu. Wanita tua terbabit disahkan mati di tempat kejadian.

Bagaimanapun pihak polis mula ‘menghidu’ sesuatu apabila mereka terlihat kesan darah kering di tangan kiri serta garis calar di telinga dan pipi Alfredo.

Kantoi, motif tidak jelas

Gambar: Metro

Alfredo ketika itu menjelaskan bahawa dia telah mengambil Suboxone; sejenis ubat untuk meredakan ketagihan dadah kira-kira 15 minit sebelum kejadian.

Setelah disiasat, polis mendapati lelaki berkenaan mengalami lebihan dos (overdosed) ubat tersebut sebelum menghantarnya ke Hospital Salem bagi rawatan lanjut.

Alfredo kemudiannya ditahan dan diheret ke perbicaraan di Mahkamah Daerah Lynn pada Isnin kerana menghadapi tuduhan membunuh, namun peguam bela mendakwa dirinya tidak bersalah.

Lelaki terbabit akhirnya dibawa pula ke Hospital Bridgewater di selatan Boston bagi menjalani ujian psikiatri dan perbicaraannya ditangguhkan kepada 30 Jun ini.

Bagaimanapun motif pembunuhan tersebut masih belum dikenal pasti sehingga kini.

Sumber: CBS Boston / Metro

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.