Kalau suatu ketika dahulu, pusat peranginan di pulau mahupun tempat tinggi sudah tentu menjadi lokasi tarikan ramai para pelancong dalam dan luar negara.
Bagaimanapun, impian untuk bercuti ke destinasi tersebut, malah hampir kebanyakan pusat tumpuan pelancongan di seluruh negara terpaksa ditutup untuk menerima kunjungan pelawat tidak dapat direalisasikan.
Impak daripada penularan wabak maut Covid-19 yang telah merangut lebih ribuan nyawa malah ratusan ribu disahkan positif virus tersebut. Ia memberi kesan bukan sahaja pada sektor ekonomi malah sektor pelancongan yang menyaksikan banyak tempat tumpuan pelancong ditutup.
Menerusi satu video yang dikongsikan oleh sepasukan Team Scuba Malaysia yang mengunjungi Tasik Pulau Dayang Bunting di Langkawi agak menyeramkan dan keadaan sunyi tanpa pelancong. Kini hanya menjadi tumpuan sang ‘monyet’ berada di kawaasan tersebut.
“Kesan Covid-19 keatas sektor pelancongan di sekitar Pulau Dayang Bunting, berbeza sangat dengan keadaan dulu dengan kini…”
@mr_seaman.official Kesan covid 19 keatas sektor perlancongan di sekitar pulau dayang bunting,berbeza sangat dgn keadaan dl dengan kini#mrseamanofficial #fyp #covid
Sumber: Mr Seaman