Siakap Keli

(Video) Elak Guna Ayat “Beralahlah Dengan Adik, Kamu Kan Abang,” Bila Anak-Anak Bergaduh, Ini 5 Tips Boleh Anda Cuba

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sudah menjadi kebiasaan apabila anak ramai, masalah anak bergaduh seakan perkara biasa di rumah. Bak kata orang ‘kalau tak bergaduh sehari, tak sah.’

Bagaimanapun, jika tidak ditangani lebih awal ia boleh menyumbang beberapa faktor yang menyebabkan pergaduhan hingga mereka meningkat dewasa.

Tidak dinafikan, situasi anak-anak bergaduh ini memang merimaskan. Pada masa itu, mulalah si ibu pun ‘naik angin’ dan marah anak-anak tanpa usul periksa sehingga menyebabkan mereka menjadi stres.

Jadi, bagi mengelak perkara ini berlaku, SK ingin berkongsi daripada Zuraida Shaime tentang tips untuk para ibu dan bapa ikut sekiranya anak-anak bergaduh di rumah. Paling penting jangan cakap macam ini;

“Adik ni pun hormat lah sikit pada abang tu, kenapa nak berebut mainan ni, mama nak simpanlah…”

Sebaliknya sebagai ibu bapa perlulah memainkan peranan untuk menyelesaikan pertelingkahan anak-anak. Jadi ini 5 cara yang wajib korang ambil tahu.

  1. Kumpulkan anak-anak macam mesyuarat
  2. Tanya apa masalah daripada anak-anak
  3. Dengar dengan penuh hormat seolah-olah kita memahami situasi yang berlaku
  4. Ulang semula apa yang mereka cakap
  5. Tanya idea dan cari penyelesaian

Untuk maklumat lanjut dan lebih faham, ikuti perkongsian di bawah ini.

@zuraida.shahime

Kalau anak-anak bergaduh… #tiktokmalaysia #TikTokGuru #speechperak #rizaloptometris #LearnOnTikTok

♬ original sound – Zuraida Shahime – Zuraida Shahime

 

Sumber: Zuraida Shahime

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.