Siakap Keli
Gambar: Odditycentral

(Video) Hanya Dua Warna, Konsep Kafe 2D Ini Buatkan Pelanggan Jadi ‘Watak’ Dalam Lukisan

Kafe BW menjadi kafe yang luar biasa bertempat di Moscow dan Sankt Petersburg, Rusia yang kelihatan seperti latar video “Take On Me” oleh penyanyi A-ha.

Menurut portal Odditycentral, kafe ini pertama kalinya menjadi berita utama antarabangsa pada tahun lalu, ketika gambar cawangan Sankt Petersburg menjadi ‘viral‘ dalam talian.

Direka oleh seniman Rusia, Anfisa Toshina, ruang dalaman kafe ini kelihatan dilukis dengan arang di atas sehelai kertas putih, menciptakan ilusi bahawa anda adalah satu-satunya ‘objek’ 3D dalam dunia dua dimensi.

Berdasarkan sumber, konsep buku mewarna ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Konsep ini pertama kali diperkenalkan oleh pereka Cafe Yeonnam-dong 239-20 di Korea Selatan.

Walau bagaimanapun, sejak daripada itu pengusaha lain turut memanfaatkan populariti reka bentuk itu dengan mencipta konsep yang sama.

Malah, dipercayai bahawa banyak tempat yang serupa telah dibuka di Jepun sejak beberapa tahun yang lalu, dan kini konsepnya didapati di Rusia.

Walaupun kafe BW ini kelihatan serupa seperti Cafe Yeonnam-dong 239-20, namun masih direka dengan baik.

Bagi orang Eropah yang tidak dapat mengunjungi kafe Korea Selatan tersebut, ini adalah peluang untuk menikmati secawan kopi di dunia 2D.

Saksikan ruang dalaman kafe dalam video di bawah.

Sumber: Odditycentral

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.