Negara di seluruh dunia sedang giat menjalankan program vaksinasi COVID-19 untuk mengurangkan penularan wabak tersebut di negara mereka. Pelbagai kempen dijalankan untuk menggalakkan warga mengambil suntikan vaksin. Salah satunya melalui video iklan kempen yang dapat menarik minat masyarakat untuk divaksin.
Kementerian Kesihatan Perancis turut menggunakan pendekatan ini dengan menyiarkan video kempen yang kreatif dan menarik. Video ini mendapat pujian warga net kerana dianggap memberi sinar harapan dan dapat menggalakkan masyarakat untuk mendapatkan vaksin.
Perlancaran salah satu iklan kempen vaksinasi terawal di Perancis ini diumumkan oleh Menteri Kesihatan dan Solidariti Perancis, Olivier Veran, 6 Mac lalu. Video ini turut dimuatnaik di laman Twitter beliau baru-baru ini.
À chaque vaccination c’est la vie qui reprend. Faisons nous tous vacciner maintenant. pic.twitter.com/pd5n1dWPGE
— Olivier Véran (@olivierveran) June 9, 2021
Sumber: News18, Twitter @olivierveran