Siakap Keli

(Video) Tenang Dengar, Tular Alunan Selawat Burdah Dalam Bahasa Jepun, Buat Netizen Terpana

Semakin hari, syiar Islam terus semakin berkembang di seluruh dunia termasuk di negara Jepun.

Menurut Medium, hampir 112,000 hingga 230,000 orang telah memeluk agama Islam di Jepun sejak beberapa tahun yang lalu.

Tidak cuma itu semakin banyak masjid sedang dibina bagi memberi kemudahan bukan sahaja kepada umat Islam di sana tetapi untuk yang datang dari luar negara juga.

Bercakap mengenai perkembangan Islam di negara itu, salah seorang Imam di sana, Syeikh Ahmad Maeno pernah menjadi tular di media sosial beberapa tahun yang lalu kerana kisah penghijrahannya ke dalam agama Islam.

Mengucapkan dua kalimah syahadah pada usia 18 tahun, Syeikh Ahmad Maeno terus mengabdikan hidupnya dalam kerja dakwah Islam di Jepun.

Baru-baru ini, tular pula satu video lama yang memaparkan beliau bersama ulama-ulama dari negara lain sedang berhimpun dan bermunajat kepada Allah.

Apa yang menarik perhatian warganet adalah beliau berselawat dalam bahasa Jepun.

Bagi korang yang belum menyaksikannya, jom tonton video di bawah ini.

Tenang dengar walau dalam bahasa Jepun

@zarul_hafsham

Tenang jer dengar even dalam bahasa jepun 🥰#fyp

♬ original sound – Zarul Hafsham – Zarul Hafsham

Sumber: Zarul_hafsham

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.