SINGAPURA- Sebuah kereta Lamborghini Gallardo berwarna kuning mendapat perhatian netizen Singapura.
Ianya bukan kerana kecantikan keretanya tetapi, kerana sebuah basikal yang biasanya mempunyai dua tayar dilihat ‘terbenam’ dalam cermin hadapan kereta mewah itu.
Gambar yang dimuatnaik di Facebook pada 13 Jun menunjukkan keadaan kereta mewah dan basikal yang mengejutkan pengguna Facebook.
Gambar yang berjaya dirakam oleh penumpang bas yang menunjukkan pemandu tersebut membawa Lamborghini bersama ‘basikal’ .
Namun apabila gambar dilihat dari dekat, menunjukkan bahawa basikal tersebut tidak melanggar cermin kereta Lamborghini tersebut. Sebaliknya, basikal itu merupakan alat bantuan.
Mothership melaporkan bahawa basikal tersebut adalah bantuan yang melindungi bahagian bonet kereta dan cermin hadapan kereta. Basikal tersebut turut dijual di Seasucker.
Sumber: Mothership