Untuk nyahbeku atau defrost lauk sejuk beku daripada peti ais memang ambil masa yang lama. Walaupun dah rendam dalam air, kadang tu ambil masa berjam juga lauk nak lembut. Bagi yang ada microwave kat rumah mungkin cepat je nak defrost, tapi yang guna cara ‘manual’ ni macam mana pulak?
Mesti pernah jadi kat korang, mak suruh keluarkan lauk awal-awal tapi korang lupa. Bila mak pergi dapur tengok lauk beku lagi memang kena ready la dengar bebelan.
Video yang diunggah melalui akaun TikTok @wan.kilang.wangi atau mesra disapa Wan Said ni memang sesuai sangat la kalau korang nak praktikkan, tambah-tambah yang selalu lupa keluarkan lauk tu. Abang ni kongsi tips macam mana nak simpan ikan dalam peti ais, tapi ambil masa lima minit je nak defrost. Bukan sahaja jimat masa, ikan korang pun akan tetap segar.
Video ini mendapat 782.9 ribu tontonan dan 38.9 ribu sukaan setakat ini.
Nak tahu apa rahsia abang ni, tengok video di bawah.
@wan.kilang.wangi Reply to @eiraeuniera SEBAB SAYA KESIAN DEKAT IKAN 😭😭😭😭 #fypシ゚ #fyp
Sumber: TikTok @wan.kilang.wangi