Sewaktu hamil, ada tak anda pernah dengar orang tua-tua cakap, ibu mengandung tidak boleh makan buah nanas, siap kata boleh menyebabkan keguguran lagi.
Alasan mereka kerana buah ini ‘tajam’ dan tak baik untuk kandungan. Ada juga beberapa buah yang dilarang makan waktu fasa kehamilan kerana dikatakan boleh menyebabkan keguguran. Ini termasuklah buah durian, kelapa, betik muda dan epal masam.
Sejauh mana kebenaran tentang dakwaan ini. Jadi, SK nak kongsikan pandangan daripada seorang Jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Bel Nawhen tentang mitos makan nanas menyebabkan keguguran dan khasiat yang ada pada nanas.
Memetik daripada artikel Hello Doktor mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang bukti saintifik yang menunjukkan buah nanas berbahaya kepada wanita dalam fasa kehamilan.
“Nanas boleh sebabkan keguguran?”
Kalau nak tahu, Nanas ni kaya dengan Vitamin C. Nanas pun kaya dengan Mangan iaitu sejenis mineral yang penting untuk menguatkan tulang dan sendi.
1 cawan Nanas mengandungi segala khasiat yang di perlukan semasa hamil seperti Vitamin C, Folate, Zat Besi. Magnesium, Vitamin B6. Nanas ni kalau ambil dalam kuantiti yang sedikit, tidak menjejaskan apa-apa.
Kalau makan Nanas 7-10 biji serentak, boleh sebabkan perdarahan atau kesan kepada kehamilan.
Kalau ada GDM masa hamil, perlu berhati-hati dalam ambil Nanas sebab kalori dalam Nanas boleh sebabkan kenaikan paras gula dalam darah.
Jadi, betulke Nanas sebabkan keguguran?
Mitos…
Tak kira Nanas muda, Nanas masak, jus Nanas ataupun tart Nanas dan tidak ada highway atau jalan tikus dari perut ke uterus yang boleh sebabkan keguguran janin.
Nanas sememangnya bukanlah buah yang dilarang untuk ibu hamil. Sebaliknya, buah nanas mempunyai pelbagai khasiat yang bukan sahaja bermanfaat untuk ibu yang sedang hamil tetapi juga kepada janin yang sedang dikandungnya.
Sumber: Bel Nawhen