Misteri bau busuk akhirnya terbongkar. Kejadian ini benar-benar dikatakan ‘mimpi ngeri’ buat pemilik kediaman ini di mana seekor musang yang besar mati di atas siling rumah mereka.
Tidak dinafikan, bau bangkai sangatlah busuk tambah-tambah lagi bila bangkai tersebut sudah mengeluarkan cecair yang sangat busuk.
Kata pemilik kediaman ini semasa dihubungi, mereka sekeluarga mula perasan apabila tempat bangkai tersebut mula menitik air seperti air karat tetapi berbau busuk.
Dalam dua tiga hari jugak bau. Rasanya mati kat atas pun dalam dua tiga hari.
“Air menitik atas kepala ingat cuma air karat je…”
Kami perasan sebab ada air menitik, macam air darah ke air karat ke. Benda ni dalam bilik air, so beberapa hari tu rasa jugak air menitik atas kepala ingat cuma air karat je. Sekali pecahkan atap tu, nah seekor musang gergasi telah tumpas.
Bagaimanapun, pemilik rumah ini berharap ada individu yang dapat kongsikan pendapat dan cadangan untuk hilangkan bau busuk bangkai di dalam rumahnya.
Assalamualaikum warga T.A.H.I. ada satu kemusykilan kat sini, yang akan dimulakan dengan satu kisah tragedi.
Pagi tadi rumah kami telah ditimpa tragedi musang mati atas rumah, yang mana darah dan air dari bangkai tersebut telah menitik-nitik sepeti. Bangkai tu dah dibuang, tapi nak dijadikan cerita asbestos kat tempat musang tu bersemadi dah melekat bau haruman seribu bunga. Bahagian atas tu pun berselirat dengan wayar lampu dan lain-lain.
Jadi, apakah cadangan tuan-puan semua? Adakah buang bahagian asbestos tu? Atau cadangan lain?
Segala usaha dan cadangan saya dahulukan dengan jutaan terima kasih. Di bawah ini disediakan beberapa foto ngeri.
Ni bahagian asbestos yang dilumuri air bangkai.
Besar jang..
Sumber: Berung Marah