FILIPINA- Salah satu bandar di Filipina telah menawarkan lembu kepada mereka yang mengambil suntikan COVID-19. Cadangan itu dibuat kerana penduduk Filipina kurang sukakan suntikan tersebut.
Pegawai tempatan di San Luis, di wilayah Pampanga dilaporkan memberikan seekor lembu setiap bulan kepada penduduk yang telah menerima suntikan sebagai langkah mendorong rakyatnya mengambil suntikan, lapor Al Jazeera.
“Walaupun seekor lembu tidak bernilai di bandar lain, tetapi tidak San Luis. Mereka adalah petani, jadi ini adalah inisiatif yang ideal,” kata Ardee Taruc, Pegawai Mitigasi Bencana di bandar itu.
Menurut New York Post, lembu yang diberikan kepada penerima adalah berjumlah RM2,586. Ianya menjadi tiket peluang buat mereka untuk keluar dari kemiskinan yang melampau.
Pada 6 Jun, Filipina mencatatkan empat peratus iaitu kira-kira 110 juta orang yang menerima sekurang-kurangnya dos pertama. Manakala 1.4 peratus yang menerima dos kedua.
Selain itu, beberapa bandar lain turut melakukan pelbagai insiatif antaranya beras dan barang-barang keperluan secara percuma.
Sumber: New York Post