Siakap Keli

Gara-gara Berang Rumah Tak Kemas & Bersepah, Bapa Mertua Tikam Menantu

INDONESIA- Satu kejadian ngeri berlaku di Indonesia apabila bapa mertua bertindak menikam menantunya hingga mangsa mengalami cedera parah hanya kerana rumah bersepah.

Suspek, Yoseph Obi Robiwala berusia 59 menikam menantunya Laurensius Laba yang berusia 39 tahun.

“Dalam keterangannya kepada polis, Yoseph mengaku berbuat demikian kerana marah dengan menantunya,” kata seorang polis kepada Kompas.com.

Dilaporkan, suspek baru pulang dari rumah saudaranya di kawasan terdekat. Yoseph yang melihat rumahnya bersepah lalu berintdak mengambil parang dari biliknya dan menuju ke bilik menantunya.

Namun, menantunya tiada dibilik dan dia keluar mencari menantunya. Pelaku yang melihat wanita itu sedang berehat di pondok, terus menikamnya.

“Pelaku dilaporkan dalam kedaan stres kerana memerlukan duit untuk isterinya yang sedang sakit,” kata polis itu lagi.

Laurensius sempat mengelak dan terkena pada bahagian bahu kirinya. Dia berlari meminta tolong dan membuat laporan polis.

Dia dibawa ke Pusat Kesihatan terdekat untuk dirawat bagi dijadikan bukti serta membantu siasatan polis.

“Pelaku mengaku insaf dan mengakui tiada permasalahan dengan mangsa,” tambah polis.

Kes ini telah diselesaikan secara tertutup dan Yoseph berjanji untuk tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

Sumber: Kompas.com

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.