Siakap Keli

”Harga Kaki Lima, Rasa 5 Bintang,” Resipi Kek ‘Red Velvet’ Beli Di Kedai Eco Dengan Kos RM 2.10

Biasanya kita akan jumpa resipi Red Velvet ni pada kek dan aiskrim. Tapi apa kata kalau kita cuba buat sendiri kek Red Velvet, pun ok juga kan?

Percaya tak, kita boleh hasilkan kek Red Velvel dengan kos tak sampai RM10 pun, malah bahannya pun boleh jumpa di kedai Eco lagi.

Jom kita ikuti resepi kek Red Velvet yang dikongsikan Puan Siti Rosnida dalam group Masak Apa Hari Ini (MAHN) di bawah ini.

Red Velvet Si Baldu Merah

Gambar: Siti Rosnida

Si Baldu Merah ni saya beli kat Eco, gebu -gebas. Hanya RM2.10 1 paket. Beli 2 dapat 2 biji kek.

Nak buat pun senang je, cara-cara ada kat plastik.

Guna Cheese Tatura, pukul dengan whiping cream + susu pekat sikit, ikut manisan tekak masing-masing.

Kalau nak leleh lagi letak susu full cream.

Tips kek gebu: pukul telur sampai gebu, telur tak gebu kek jadi bantat. Ingat tu.

Pukul telur dulu sampai gebu, baru masukkan gula kastor, minyak masak, tepung, mix sebati.

Saya guna acuan biru saiz kecik, baru kek jadi tinggi.

Leset minyak dulu pada acuan supaya kek tak lekat.

Kukus sampai masak.

Harga kaki lima, rasa 5 bintang. Kena try. Selamat mencuba..

Gambar: Siti Rosnida
Gambar: Siti Rosnida
Gambar: Siti Rosnida
Gambar: Siti Rosnida

Sumber: Siti Rosnida melalui Masak Apa Hari Ini

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.