Siakap Keli
Sumber: Google

Kebakaran Hutan Tanah Gambut Kampung Balai Besar Makin Merebak

DUNGUN, 16 Jun (Bernama) — Kebakaran hutan tanah gambut di Kampung Balai Besar di sini sejak Isnin lepas kini merebak meliputi kawasan seluas kira-kira 20 hektar.

Penguasa Bomba Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Kasyfi Syahmi Ghazali berkata sehingga petang ini, pihak bomba berjaya memadam kebakaran di kawasan seluas 15 hektar.

“Pada peringkat awal (Isnin) ia hanya melibatkan seluas lima hektar namun cuaca panas dan angin kencang menyebabkan kebakaran ini lebih cepat merebak…ia juga berlaku secara bertompok. Keadaan ini membuatkan kita sukar untuk melakukan proses pemadaman.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan kebakaran ini berpunca daripada pelupusan sampah berdasarkan penemuan beberapa tempat longgokan sampah secara haram,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Kasyfi Syahmi berkata pihaknya turut membuat pemantauan dari udara menggunakan dron bagi mengenal pasti kemerebakan serta menjangkakan ia berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh tiga hari lagi.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.