Siakap Keli

Maybank Kongsi Cara Baru Bantu Memastikan Transaksi Lebih Selamat

Setiap hari kalau korang tengok, ada saja orang yang sering membuat transaksi wang lebih-lebih lagi dengan menggunakan kaedah SMS TAC. Bukan nak kata SMS TAC ni tak bagus, tapi korang tahu tak ada satu lagi kaedah yang juga boleh memastikan keselamatan sebarang transaksi wang yang korang lakukan.

Kaedah yang dimaksudkan ni bermanfaat untuk korang kerana ianya lebih bermanfaat dan alternatif yang jauh lebih selamat.

Untuk maklumat korang, kaedah ini telah digunakan oleh Maybank sebagai alternatif kepada SMS TAC yang selalu korang gunakan tu. Kalau nak tahu kaedah apa yang dimaksudkan, korang boleh rujuk penerangan dekat bawah ni.

Apa itu Secure2u

Kaedah yang dimaksudkan adalah Secure2u. Ianya merupakan cara yang lebih selamat dan senang untuk membenarkan transaksi Maybank2u korang dengan menggunakan “Secure Verification (one-tap approval)” dan “Secure TAC” (nombor TAC 6 digit yang dihasilkan pada aplikasi mudah alih). Kaedah ini tersedia di kedua-dua aplikasi MAE & aplikasi Maybank2u (M2U) MY.

Transaksi yang terlibat

Untuk maklumat korang, Maybank akan melancarkan penguatkuasaan Secure2u secara berperingkat. Setakat ini, pengguna yang telah mendaftar untuk Secure2u akan menggunakan kaedah default untuk approve semua transaksi. Maybank telah memperkenalkan Secure2u untuk semua jenis transaksi seperti JomPay, DuitNow dan Tabung Haji.

Untuk senarai transaksi yang terlibat serta maklumat-maklumat terkini, korang boleh rujuk di pautan yang disediakan ini.

Apa yang korang perlukan untuk approve transaksi melalui Secure2u?

  • Telefon pintar dengan aplikasi MAE / aplikasi M2U
  • Sambungan internet dan WiFi yang stabil
  • Tidak lagi bergantung pada rangkaian telco

Cara mendaftar untuk Secure2u

1. Melalui aplikasi MAE

  • Buka aplikasi MAE di telefon korang dan pergi ke bahagian More. Kemudian, pilih Secure2u.

  • Selesai pilih, korang akan dibawa ke bahagian pengesahan bagi mengaktifkan Secure2u

  • Selesai sahaja korang aktifkan Secure2u, satu nombor OTP akan dihantar ke nombor telefon korang

  • Masukkan nombor OTP tersebut untuk pengesahan seterusnya

  • Masukkan pula nombor ID korang

  • Seterusnya, masukkan nama “smartphone” yang korang gunakan

  • Akhir sekali, korang akan diberitahu yang Secure2u telah berjaya didaftarkan melalui aplikasi MAE

2. Melalui aplikasi M2U MY

  • Log masuk menggunakan akaun M2U korang

  • Pilih bahagian menu” di hujung atas belah kiri akaun M2U korang dan pilih Secure2u

  • Sebelum meneruskan pendaftaran, korang boleh baca terlebih dahulu mengenai Secure2u dengan hanya klik di bahagian Next”

  • Kemudian, sahkan nombor telefon korang dan masukkan nombor OTP yang telahpun dihantar ke telefon korang

  • Masukkan pula nombor ID dan nama smartphone” korang

  • Pendaftaran Secure2u di akaun M2U korang berjaya didaftarkan

Cara approve transaksi melalui Secure2u

1. Melalui aplikasi MAE

  • Untuk aplikasi MAE, korang akan mendapat notifikasi melalui aplikasi MAE mengenai pengesahan transaksi korang

  • Kemudian, korang hanya perlu klik untuk lihat transaksi yang korang lakukan dan tekan Approve” untuk meneruskan transaksi

  • Transaksi korang berjaya dilakukan melalui aplikasi MAE

2. Melalui aplikasi M2U MY

  • Untuk M2U MY pula, korang akan mendapat notifikasi melalui aplikasi M2U mengenai pengesahan transaksi korang

  • Pastikan itu adalah transaksi yang korang lakukan dan hanya perlu tekan “Approve” untuk meneruskan transaksi

  • Transaksi korang berjaya dilakukan melalui aplikasi M2U

Kelebihan menggunakan aplikasi MAE

Kalau korang nak tahu, aplikasi ini boleh melakukan lebih daripada sekadar approve” transaksi korang. Dengan aplikasi MAE, korang boleh:

  • Memastikan keselamatan akaun korang, kad dan lain-lain dengan kunci biometrik & “password lock”
  • Melakukan semua transaksi perbankan penting
  • Adanya tracker” perbelanjaan automatik
  • Ciri tabung untuk disimpan sebagai simpanan kecemasan sendiri atau bersama rakan-rakan
  • Pergi ke mana sahaja secara cashless” dengan Scan & Pay” dan kad MAE
  • Dapat menikmati promosi eksklusif yang hanya terdapat di aplikasi MAE

Bersama dengan web Maybank2u, aplikasi MAE ini dibina untuk meningkatkan pengalaman perbankan online korang pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Korang jangan risau, aplikasi MAE juga boleh didapati di Google Play dan juga Apple App Store. Untuk sebarang info dan pertanyaan dengan lebih lanjut, korang boleh melayari www.maybank2u.com.my/secure2u ataupun korang boleh menghubungi Maybank melalui Live Chat” di www.maybank2u.com.my. Korang tunggu apa lagi? Jom kita daftar Secure2u.



Adib Mohd