Siakap Keli
Gambar: Siti Aisyah Daud

Mula ‘Deco’ Sejak 2016, Akak Ni Ubah Rumah Kuarters Balai Polis Jadi Nampak Mewah Tapi Minimalis

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dekorasi rumah tidak mengira tempat, yang penting perlu ada ilmu dan idea. Siapa sangka, kediaman kuarters balai polis yang luarannya mungkin ‘biasa-biasa’ sebenarnya boleh berubah 360 darjah jadi luar biasa?

Begitulah yang dibuat oleh Puan Siti Aisyah Daud, isteri kepada seorang anggota polis yang menetap di Kuarters Balai Polis Batu 4, Port Dickson di Negeri Sembilan ini.

Jika dilihat dari luar, mungkin pemandangannya seakan ‘sama’ saja macam rumah yang lain. Tapi apabila anda masuk ke dalamnya, wow..saling tidak tumpah macam kondominium di ibu kota.

Gambar: Siti Aisyah Daud

Gambar di atas adalah pemandangan dari luar. Jom kita ketuk pintu dan masuk ke dalam ruang dalam rumah pula. Kita saksiksan sama-sama, macam mana Puan Aisyah ubah dekorasinya.

Di bawah ini adalah ruang tamu. Dekorasinya agak ringkas dan bertemakan minimalis. Sofa yang dipilih rekaan bentuknya ‘ringan’ saja, tidak berbunga-bunga. Lampu di tepi itu pula menambahkan lagi ‘seri’ sofa tersebut.

Gambar: Siti Aisyah Daud
Gambar: Siti Aisyah Daud

Antara yang mencuri perhatian ialah permaidaninya yang berwarna coklat itu. Cantik coraknya, berpetak-petak. Kena dengan tema sekeliling. Jambangan bunga pun ringkas saja.

Enam tahun kumpul sikit-sikit

Jelas Puan Aisyah, dia mengambil masa kira-kira hampir enam tahun lamanya sejak 2016 lalu hingga kini untuk mendekorasi ruang dalaman rumah.

“Kos saya tak ingat tapi saya beli ketika waktu ‘sale’ di SSF, IKEA dan Kaison sahaja. Saya beli sikit-sikit dari tahun 2016 hingga 2021 saya duduk pondok ni. Alhamdulillah lengkap dah..” katanya ketika dihubungi Siakap Keli semalam.

Gambar: Siti Aisyah Daud
Gambar: Siti Aisyah Daud

Di atas ini ialah ruang meja makan yang turut berkonsepkan minimalis. Rekaan meja dan kerusi pun ringkas, tidak terlalu ‘sarat’ hingga mengganggu ruang sekeliling.

Gambar: Siti Aisyah Daud

Tenang, dinding yang menyebelahi ruang meja makan diserikan dengan dua bingkai hiasan kecil. Selain memberi impak minimalis, ruang dinding ini juga boleh dijadikan tempat nak bergambar..atau orang muda panggil OOTD.

Gambar: Siti Aisyah Daud

“Saya suri rumah berniaga sendiri. Jadinya saya kumpul sikit-sikit duit…ikut keperluan sahaja. Kalau ada duit lebih baru beli..” tambahnya lagi.

Begitulah yang dijelaskan puan Aisyah. Dia mendekorasi rumahnya ini bukan sekadar sebulan dua, tapi enam tahun secara sedikit demi sedikit.

Lagi membanggakan, semuanya menggunakan duit ‘lebihan’ yang ada. Pendek kata, buat apa nak terkejar-kejar. Rileks saja dekorasi satu-persatu. Asal ‘poket’ ada lebih, baru ‘on’.

Gambar: Siti Aisyah Daud
Gambar: Siti Aisyah Daud
Gambar: Siti Aisyah Daud

Di atas ini ialah ruang dapur pula. Cuba perhatikan sudut dapurnya, sangat ringkas kan? Tidak perlu sampai guna dapur mahal-mahal pun, cukup sekadar dapur dua tungku yang biasa. Tapi disebabkan ideanya, sudut itu terus ‘berubah’ jadi ‘mahal’.

Rak besi yang diletakkan di sudut dinding itu digunakan untuk menyimpan botol-botol bahan masakan seperti sos, kicap, perasa, garam dan sebagainya. Manakala susunan perkakasan di sinki pun sedap mata memandang.

Gambar: Siti Aisyah Daud
Gambar: Siti Aisyah Daud

Di atas ini pula ialah ruang dalam bilik. Puan Aisyah turut menempatkan sebuah kerusi rotan di sudut bilik, mungkin digunakan sebagai tempat bersantai, membaca buku sambil menghirup secawan kopi panas.

Manakala di ruang mejanya, bolehlah dikatakan ini adalah antara gaya ‘pejabat rumah’ atau home office yang paling sempurna. Sekali pandang, macam betul-betul di pejabat. Cantik pula susunan mejanya, lengkap dengan lampu, rak mini, latar belakang yang ada penyangkut dan banyak lagi.

Demikianlah cerita ‘pondok mewah’ di sebalik kuarters balai polis ini. Luarannya nampak biasa, tapi dalamnya sungguh bukan ‘biasa-biasa’. Anda macam mana pula? Terinspirasi juga nak mendekorasi rumah?

Sumber: Siti Aisyah Daud

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.