Siakap Keli
Gambar: Bernama

Penggunaan Gelang Berwarna Tidak Membawa Maksud Bagi Tahap Penyakit COVID-19 – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi perkongsian di Twitter memaklumkan bahawa penggunaan gelang berwarna tidak membawa sebarang maksud bagi tahap penyakit COVID-19.

Pemakaian gelang pengawasan dan pemantauan di rumah (HSO) ini telah disalahertikan sehingga ada yang membuat dakwaan palsu mengenainya.

Ada pihak yang mendakwa pemakai gelang HSO berpotensi menularkan jangkitan Covid-19, malah warna gelang tersebut menandakan tahap penyakit. Ianya susulan tular poster palsu seperti yang dikongsikan oleh KKM di halaman Twitter.

Sumber: Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.