Seperti yang selalu kita dengar, anjing dan kucing bagaikan tidak boleh berkawan kerana sering dikatakan suka bergaduh sesama sendiri. Tapi jangan tidak tahu, ada kucing yang berani berdamping bersama anjing walaupun anjing tersebut dilihat mempunyai tubuh dan raut wajah yang garang.
Seperti yang dikongsikan menerusi aplikasi Tiktok oleh syikin2305, seekor kucing berwarna putih dilihat bergambar dengan beberapa ekor anjing yang kelihatan garang.


Apa yang menarik perhatiannya adalah kucing tersebut seakan tidak takut dengan haiwan yang lebih besar daripadanya. Malah, raut wajahnya seakan berlagak itu juga menampakkan dirinya turut menjadi seekor kucing yang garang.
Utehh..sejak kawan dengan anjing, dia punya muka garang
@syikin2305 follow uteh pliss😂#fypシ #fyp #likenfollownsupportme🙏
Melihat ke ruangan komen, ada yang berpendapat bahawa kucing itu telah terikut dengan ‘rakannya’ itu dengan komen “pengaruh rakan sebaya”.
Ada juga warganet yang terhibur melihat muka kucing putih tersebut yang garang ketika bergambar bersebelahan anjing.
Video tersebut telah menjadi tular dan sehingga kini telah ditonton lebih 561.3k kali serta 72.1k tanda suka.


Sumber: @syikin2305