Aplikasi Shopee antara salah satu platform perkhidmatan penghantaran dalam talian yang menjadi kegemaran kaki shopping. Salah satu sebabnya korang suka sangat aplikasi oren ni mesti la sebab ada free shipping kan.
Tapi bila dah banyak sangat shopping, voucher free shipping yang diberikan pun tak cukup. Tambahan pula tempoh lockdown ni, makin kerap la kita membeli-belah secara atas talian, sampai habis la voucher free shipping.
Korang tahu tak, kalau voucher free shipping kat Shopee habis, korang boleh dapatkan lebih banyak dengan cara beli voucher dengan harga yang sangat murah.
Melalui akaun TikToknya, @dnishhhaikal, lelaki ini memuat naik video macam mana nak beli lebih banyak voucher di Shopee. Voucher free shipping pun ada tau. Video ini mendapat 295.5 ribu tontonan dan 33.1 ribu sukaan setakat ini.
Nak dapatkan lebiih banyak voucher free shipping kat Shopee? Tengok video di bawah.
@dnishhhaikal Reply to @na_hafizah Benda paling penting sbb asik habis 😂 #LearnOnTiktok #TikTokGuru #JomBelajar #tipsoftheday #freeshippingshopee #shopeetips
Sumber: TikTok @dnishhhaikal