Siakap Keli
Gambar: DailyMail.co.uk

Berlian 1,098 Karat, 3 Inci Ditemui, Dipercayai Yang Ketiga Terbesar Di Dunia

Berlian ketiga terbesar di dunia berukuran 1,098 karat, 3 inci telah dijumpai di Botswana oleh firma tempatan Debswana, lapor Daily Mail.

Dilaporkan, permata tersebut telah ditemui pada 1 Jun lalu di Jwaneng, sebuah lombong terkaya di dunia yang terletak di wilayah selatan Botswana. Botswana menjadi pengeluar berlian terkemuka di Afrika. Permata ini berukuran 73 mm panjang, 52 mm lebar dan 27 mm tebal.

The world's third largest diamond - a 1,098-carat, three-inch gem - has been found in Botswana

Permata ini juga telah dipersembahkan kepada Presiden Mokgweetsi Masisi oleh pemangku pengarah urusan Syarikat Debswana Diamond, iaitu Lynette Armstrong. Permata ini akan dinilai dalam beberapa minggu akan datang.

The large gem was presented to Botswana President Mokgweetsi Masisi by Debswana Diamond Company on Wednesday

President Masisi was joined by Botswana First Lady Neo Masisi (pictured) as he saw the gem for the first time

Menurut Armstrong, penemuan ini dipercayai menjadi permata-berkualiti yang ketiga terbesar di dunia. Jelasnya, “Ia sebuah permata yang jarang ditemui dan luar biasa. Ia sangat bermakna dalam konteks berlian dan Botswana. Permata ini membawa harapan pada negara yang sedang berjuang.”

Menurut portal, berlian terbesar yang pernah ditemui di dunia adalah Cullinan. Berlian yang ditemui di Afrika Selatan pada tahun 1905 ini berukuran 3,106 karat. Ia dinamakan bersempena nama pengasas lombong, Thomas Cullinan, dan akhirnya dibeli oleh kerajaan Transvaal Colony. Kemudiannya, berlian ini telah dipersembahkan kepada Raja England ketika itu, Edward VII.

The largest gem-quality rough diamond ever found, weighing 3,106 carats, the Cullinan

Bagi berlian kedua terbesar pula bernama Lesedi La Rona berukuran 1,109 karat dan bersaiz bola tenis. Berlian ini telah ditemui di Karowe, Botswana timur laut, pada tahun 2015.

Bagi penemuan terbaru ini pula, Armstrong mengatakan ini adalah batu permata terbesar yang dapat ditemui dalam sejarah 50 tahun syarikat itu, usaha sama antara kerajaan dan syarikat global permata iaitu De Beers.

Tambah beliau, mereka belum membuat keputusan sama ada akan menjualnya melalui saluran De Beers atau melalui Syarikat Okavango Diamond milik kerajaan.

The latest major discovery in Botswana is this massive diamond, which is yet to be named, measuring 73mm long, 52mm wide and 27mm thick

Seorang jurucakap Debswana mengatakan syarikat itu akan menjual berlian dengan cara ‘memastikan ia dapat mengembalikan faedah maksimum bagi penduduk Botswana’.

Menteri galian, Lefoko Moagi mengatakan penemuan yang belum disebut namanya ini, tidak mungkin didapati pada waktu yang lebih baik setelah wabak COVID-19 melanda penjualan berlian pada tahun 2020.

Sumber: DailyMail.co.uk

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.