Siakap Keli

”Guna Biji Ketumbar Kat Dapur Je..” Wanita Ni Tunjuk Cara Tanam Pokok Ketumbar Dengan Mudah

Rempah-ratus sangat penting dalam masakan. Jika kurang rempah, maka kuranglah rasanya. Antara rempah-ratus yang popular dalam masakan Melayu ialah jintan, kayu manis, bunga lawang dan ketumbar.

Menyentuh tentang ketumbar, biasanya kita akan beli ketumbar ini di kedai-kedai runcit mahupun pasar raya, kan? Tapi tahukah anda, sebenarnya kita boleh saja tanam biji ketumbar sendiri di rumah dengan cara paling mudah.

Demikianlah seperti yang dikongsikan oleh Puan Princess Naznin dalam group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official (MATJHN) baru-baru ini tentang kaedah menanam ketumbar di rumah. Jom ikuti perkongsian ini, semoga bermanfaat.

Cara tanam ketumbar secara ‘DIY’ di rumah

Gambar: Princess Naznin

Sebenarnya dah lama nak share cara saya tanam ketumbar. Saya pakai biji ketumbar yang kat dapur tu haha.

  1. 1 genggam biji ketumbar buat masak
  2. Rendam 5 jam
  3. Tabur atas tanah (tanah yang subur main peranan juga ye, pakai tanah hitam atau tanah compost kalau di Malaysia)
  4. Lepas buat batas, benih jangan tekan ke dalam tanah, just tabur
  5. Ambik genggaman tanah lain, tabur nipis je untuk tutup lapisan atas, then siram
  6. Terus letak bawah panas terik selepas semai, tak perlu letak tempat redup

Nota: Siram selalu, ketumbar suka air, tapi jangan sampai air bertakung. 

Di FB banyak lagi tanaman lain.

Di bawah ini adalah gambar-gambar proses penanaman dari mula hingga akhir:-

Gambar: Princess Naznin
Gambar: Princess Naznin
Gambar: Princess Naznin
Gambar: Princess Naznin
Gambar: Princess Naznin
Gambar: Princess Naznin

Sumber: Princess Naznin melalui MATJHDN

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.