Siakap Keli
Gambar Via SSPN-i Plus PTPTN

Ini Cara Nak Semak Nombor Pinjaman, Diperlukan Untuk Mohon Penangguhan Khas Bayaran Pinjaman PTPTN

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada ketika ini, kerajaan telah memberikan penangguhan bayaran balik  bagi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada peminjam yang layak.

Tempoh penangguhan bayaran tersebut adalah selama tiga bulan dan permohonan sudah mula boleh dibuat sejak 10 Jun yang lalu.

Untuk memohon, peminjam perlu memasukkan nombor pinjaman PTPTN terlebih dahulu.

Pun begitu, nampaknya ada sesetengah peminjam yang terlupa atau tidak tahu mengenai nombor pinjaman tersebut.

Disebabkan itu, SSPN-i Plus PTPTN ada berkongsikan di Facebook mengenai cara untuk menyemak nombor pinjaman itu. Jom ikuti perkongsian di bawah ini.

Cara nak semak No Pinjaman untuk mohon Penangguhan Khas Bayaran Pinjaman PTPTN (PKP 3.0) TERKINI

1. Semak penyata pinjaman dengan login masuk di link di bawah.
https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/

2. Jika tidak ingat password, message kami untuk reset semula dan kemaskini email baru.
*klik lupa kata laluan, password sementara akan diberi di email yang baru kemaskini.

3. Selepas dah login masuk, cari semak penyata pinjaman.

4. Skrol ke bawah dan anda akan nampak no pinjaman anda.

5. Isi permohonan penangguhan anda di link bawah dengan masukkan no ic serta no pinjaman.
https://www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0/

6. Cara-cara bayaran pinjaman PTPTN menggunakan online banking:
https://sspniplus.com.my/perkhidmatan/

Anda juga boleh message di FB kami untuk tanya terus No Pinjaman.

Pegawai PTPTN bertugas akan bantu anda secepat mungkin
https://sspniplus.com.my/hubungi-kami/

#PTPTNprihatin
#PTPTN

Sumber: SSPN-i Plus PTPTN

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.