Siakap Keli
Kredit: TikTok @naufalzani

Jangan Buang Uncang Teh Terpakai, Lelaki Ini Buat Tempat Semai Benih Sawi ‘Pak Choy’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin ramai antara kita merupakan penggemar kopi, tapi tak kurang juga yang memilih teh sebagai sisipan diwaktu pagi atau petang. Teh dalam uncang tentunya menjadi pilihan kerana lebih mudah untuk disediakan.

Lepas siap bancuh teh, kebiasaanya mesti korang buang je kan uncang teh tu.

Tahu tak sebenarnya, korang boleh buat macam-macam tau dengan uncang teh yang selalu korang buang tu. Kalau selalu kita tengok orang semai benih di tanah, lelaki yang mesra disapa Naufal ni pulak semai benih tumbuhan guna uncang teh terpakai.

Melalui video yang diunggah di laman TikToknya, @naufalzani, Naufal menunjukkan cara dia mengguna semula uncang teh terpakai sebagai tapak semaian. Teknik ni memang sesuai sangat untuk korang yang minat bercucuk-tanam, tapi tinggal di rumah jenis apartment.

Video ini mendapat 59.5 ribu tontonan dan 2.9 ribu sukaan setakat ini.

Nak tahu macam mana nak semai benih guna uncang teh ni, jom tengok video di bawah.

@naufalzani

Reusing uncang teh untuk semaian Bok Choy #lockdown

♬ original sound – Naufal Zani – Naufal Zani

Sental kulit muka pun boleh

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut berkongsi cara lain untuk guna semula uncang teh terpakai.

Sumber: TikTok @naufalzani

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.