Siakap Keli

Kerana Terlalu Banyak Permintaan, Gudang 24/7 Di Hong Kong Guna Terpaksa ‘Upah’ Robot Untuk Beroperasi

HONGKONG- Sebuah gudang menggunakan robot automoni yang berfungsi 24/7.

Robot Bergerak Autonomi dicipta oleh syarikat China Geek+.

Robot-robot tersebut akan dikawal oleh kod QR yang ditampal pada lantai. Al pula berfungsi menentukan pergerakaan mereka seperti arah atau laluan yang harus digunakan untuk menghantar barang.

Menurut CNN, satu pasukan akan ditugaskan mencipta pergerakan tersebut. Selain itu, mereka akan menggunakan data bagi meningkatkan algoritma robot supaya robot lebih cekap bekerja.

Kini, robot telah menjadi suatu perkara biasa di gudang di seluruh dunia.

Menurut Geek+, lebih dari 15,000 robot telah digunakan di 30 negara. Salah satunya, gudang Nike dan Decathlon.

“Robot menunjukkan peningkatan prestasi dari masa ke semasa bagi membantu syarikat memenuhi perminttan untuk penghantaran segera. Ianya juga mengurangkan kesalahan yang dilakukan oleh manusia dan kos buruh,” kata Pengarah Urusan, Lit Fung.

“Semua orang mencari penyelesaian yang lebih baik untuk digunakan di gudang mereka,” tambahnya lagi.

Sumber: CNN

Atiqah Aliah