Siakap Keli

Tak Perlu Ubat Rambut, Ini 10 Cara Semulajadi Berkesan Untuk Rawat Kelemumur Teruk

Kalau setiap kali korang sisir rambut menggunakan sikat, banyak tak kepingan-kepingan berwarna putih ‘berterabur’ jatuh ke bahu? Kalau banyak, itu tandanya korang mengalami masalah kelemumur yang teruk.

Lepas tu korang pun cubalah bermacam-macam syampu di pasaran, tapi hampir semuanya ‘tak menjadi’. Hasilnya masih sama. Jadi macam mana cara sebenarnya nak sembuhkan kulit kepala ni?

Jangan risau. Tak dapat dinafikan ada waktunya kita kena ‘back to basic’ dan kembali bergantung kepada alam semulajadi. Tahukah korang, ada 10 bahan semulajadi yang korang boleh guna untuk ‘selesaikan’ masalah kelumumur ni.

Jom ikuti perkongsian oleh laman portal kesihatan Hello Doktor di bawah ini. Semoga bermanfaat.

Tak perlu ubat rambut, ini 10 cara semula jadi untuk merawat kelemumur teruk, sangat berkesan

Gambar: Hello Doktor

Kelemumur berlaku disebabkan oleh proses kulit kepala menggelupas lebih cepat lebih cepat daripada yang sepatutnya. Untuk itu, teruskan bacaan untuk tahu cara merawat kelemumur yang berkesan.

Sel-sel kulit lama mati dan meninggalkan tempat untuk yang baru. Jika proses ini dipercepatkan, anda akan mendapati keruping putih yang jatuh di sekitar. Punca kelemumur berbeza daripada kulit kepala kering.

Kelemumur berpunca daripada keadaan kulit atau kulat biasa bernama Malassezia yang biasa didapati pada kulit kepala. Apabila keadaan menjadi sejuk, kulit kepala anda mungkin menjadi kering dan dengan itu memburukkan masalah. Sakit atau tekanan juga menyumbang kepada kelemumur.

Kelemumur tidak mempunyai komplikasi yang serius secara fizikal. Dari segi mental, ia boleh menyebabkan pengalaman memalukan. Orang sering mengaitkan kelemumur dengan masalah kebersihan.

Ini mungkin tidak benar memandangkan kebersihan hanyalah salah satu daripada sebab-sebab kecil kelemumur. Kelemumur berlaku kebanyakannya disebabkan oleh keadaan kulit. Walau bagaimanapun, ramai orang tidak mengetahuinya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Rawatan Kelemumur

Gambar: Hello Doktor

Sudah tentu, terdapat rawatan untuk kelemumur. Di bawah ini adalah 10 rawatan sampingan untuk kelemumur.

1) Minyak kelapa – mempunyai ciri-ciri anti-kulat, minyak kelapa membantu menghapuskan apa sahaja reaksi kulat yang terdapat pada kulit kepala anda, serta memberi kelembapan. Gunakan dengan menyapu 3 hingga 5 sudu makan minyak kelapa pada kulit kepala anda sebelum mencuci dengan syampu dan tunggu lebih kurang 1 jam. Kemudian syampu. Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan syampu yang sudah mempunyai minyak kelapa.

2) Cuka epal – cuka epal cider adalah baik untuk kulit kepala anda memandangkan keasidannya bertindak sebagai pencegahan yis. Campurkan satu perempat daripada cuka epal cider dan satu perempat air kemudian spray pada kulit kepala anda. Tutup kepala dengan tuala selama 15 minit kemudian basuh seperti biasa. Ulang dua kali seminggu.

3) Baking soda – baking soda boleh membantu dalam merawat kelemumur dengan mengurangkan masa tindak balas kulat yang menyebabkan kelemumur. Basahkan rambut anda kemudian sapukan soda pada kulit kepala anda untuk beberapa minit. Kemudian basuh.

4) Aloe vera – ubat untuk rasa gatal yang anda dapati dengan kelemumur. Urut kepala anda dengan aloe vera sebelum mencuci. Ini akan membantu melegakan gatal.

Gambar: Hello Doktor

5) Bawang putih – bawang putih bertindak sebagai pemusnah bakteria. Hancurkan bawang putih dan sapukan ke kulit kepala anda. Anda mungkin mahu mencampurkannya dengan madu untuk mengelakkan baunya. Basuh kepala anda selepas itu.

6) Minyak zaitun – minyak zaitun mempunyai banyak faedah dan merawat kelemumur adalah salah seorang daripadanya. Letakkan 10 titik minyak zaitun pada kulit kepala anda dan tutup kepala anda dengan topi mandi seketika. Basuh rambut anda pada keesokan harinya. Sebagai alternatif, anda mungkin mahu mencuba syampu dengan minyak zaitun di dalamnya.

7) Minyak pokok teh – beberapa titik minyak pokok teh boleh mengurangkan kelemumur jika digunakan dengan syampu. Campurkan dengan syampu anda dan cuba sendiri.

8) Lemon – Sama seperti cuka epal cider, lemon mengandungi keasidan yang membantu mengimbangi pH pada kulit kepala anda. Gunakan dengan mengurut 2 sudu besar jus lemon pada kulit kepala anda kemudian basuh dengan air. Kemudian letakkan 1 sudu teh jus lemon dalam air dan basuh. Amalkan ini setiap hari sehingga keadaan anda bertambah baik.

9) Aspirin – percaya atau tidak, aspirin dengan asid salisilik di dalamnya boleh merawat kelemumur. Hancurkan 2 aspirin dan campurkan dengan syampu anda. Biarkan selama beberapa minit, kemudian basuh sekali lagi dengan syampu biasa.

10) Halba – herba ini digunakan untuk mengawal kelemumur kerana sifat antikulat dan melegakan kulit kepala. Gunakan dengan merendam 2 atau 3 sudu besar halba dalam air semalaman, kemudian kisar pada hari berikutnya. Sapukan pada kepala anda dan biarkan beberapa jam kemudian basuh dan syampu rambut anda seperti biasa. Ulangi dua kali seminggu.

Mempunyai keruping putih jatuh ke bahu anda, mungkin menyebabkan tekanan dan memalukan. Walau bagaimanapun, dengan sedikit kesabaran dan konsisten, rawatan anda tidak jauh daripada menampakkan kesan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber: Hello Doktor

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.