Siakap Keli

CITF Setuju Calon Peperiksaan Diberi Keutamaan Vaksin Pfizer

Memetik Bernama, Pemberian vaksin COVID-19 kepada calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan dipercepatkan dalam tempoh terdekat.  Sebelum ini, cadangan agar murid yang menduduki peperiksaan awam diberi keutamaan untuk divaksin telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi.

Penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech diluluskan bagi bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA).  Dalam satu kenyataan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya akan memberi prioriti kepada para pelajar kelas peperiksaan dan guru terlibat yang perlu ke sekolah termasuk seramai 357,000 murid tingkatan 5 serta 47,000 guru mereka.

Tambah Khairy, pihaknya mungkin akan menjadikan sekolah sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kepada kumpulan tersebut.  Berita gembira itu telah dikongsikan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin di laman Facebook beliau sebentar tadi.

Alhamdulillah! Cadangan KPM agar murid kelas peperiksaan diberi keutamaan untuk divaksin telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) yang dipengerusikan YB KJ, Menteri MOSTI.

Ini adalah susulan kelulusan National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) bagi penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas.

Saya kongsikan video penjelasan ringkas beliau berkaitan hal ini.

Bagi vaksinasi guru, sehingga kini lebih 90,000 orang guru telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos suntikan vaksin.

KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik!

Percayalah, sekiranya kita bersatu hati, kita pasti akan #MenangBersama!

Sumber: Radzi Jidin

Amira

Love yourself.