Sebanyak 5,738 kes baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia melonjak sebanyak 678,764 kes setakar Khamis (17 Jun 2021), jam 12 tengahari.
Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 1,858 kes, diikuti Negeri Sembilan 1,086 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 641 kes, Sarawak 559 kes, Johor 449 kes, Sabah 248 kes dan lain-lain lagi.
Manakala, Perlis menjadi satu-satu negeri yang tidak mencatatkan sebarang kes pada hari ini.
Sehingga 17 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,738 kes (678,764 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,858 (222,249)
WPKL – 641 (69,490)
Sabah – 248 (66,978)
Johor – 449 (66,276)
Sarawak – 559 (58,034)
Negeri Sembilan – 1,086 (36,194) pic.twitter.com/GivAEs0YZR— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 17, 2021
Berikut merupakan pecahan kes baharu mengikut negeri:
Kelantan – 154 (32,896)
Pulau Pinang – 97 (32,644)
Perak – 30 (23,946)
Kedah – 197 (22,747)
Melaka – 184 (15,460)
Pahang – 54 (11,818)
Terengganu – 77 (10,829)
WP Labuan – 97 (6,491)
WP Putrajaya – 7 (2,144)
Perlis – 0 (568)— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 17, 2021
Jumlah kes sembuh dan kematian baharu akan dimaklumkan kemudian.
Sumber: Twitter DGHisham