Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

TERKINI: ”Kerajaan Akan Ambil Langkah Susulan..” Kenyataan Rasmi PM Susulan Titah YDPA

PUTRAJAYA, 17 Jun – Kerajaan mengambil maklum titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong seperti mana yang  terkandung dalam kenyataan Istana Negara semalam.

Sehubungan itu, dalam satu kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mengambil langkah-langkah susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

Kenyataan turut menyebut intipati Perdana Menteri dalam sesi-sesi menghadap ke atas KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebelum ini termasuk menasihati baginda mengenai perjalanan pengurusan pandemik COVID-19.

”Dalam sesi-sesi menghadap ke atas KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebelum ini, YAB Perdana Menteri telah menyembah maklum dan menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong mengenai perjalanan pengurusan pandemik COVID-19, penguatkuasaan Ordinan-Ordinan Darurat, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, pakej-pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan kepada rakyat, pelaksanaan sidang parlimen, Pelan Pemulihan Negara dan perkara-perkara lain yang berkaitan,” kata kenyataan.

Sumber: FB TS Muhyiddin Yassin

Sumber: FB Muhyiddin Yassin

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.