Siakap Keli

Tiga Lelaki Sanggup Pertaruh Nyawa Jadi ‘Tangga’, Selamatkan Tiga Beradik Dari Kebakaran

RUSIA- Tiga lelaki menjadi ‘tangga’ untuk membantu seorang budak perempuan dan dua budak lelaki keluar dari flat yang terbakar melalui tingkap.

Menurut The Sun, mereka (kanak-kanak) terkunci dari dalam menyebabkan mereka terperangkap di dalam bangunan tersebut.

Tiga lelaki memanjat luar bangunan tersebut bagi memudahkan mereka. Lelaki keempat pula tunggu dibawah untuk menyambut mereka ketika diturunkan.

Lelaki pertama bernama Stanislav Smirnov, 40 tahun.

“Kami bergilir-gilir memanjat dengan memijak saluran air. Saya nampak seekor kucing dan naik semula untuk menyelamatkannya,” kata Dhamal Gassoyan, 35 tahun, lelaki kedua.

Kanak-kanak tersebut ditinggalkan di pangsapuri di Wilayah Kostroma Rusia menangis dan dilaporkan mengalamai luka kesan terbakar.

Ivan Potyomin, berusia 35 tahun merupakan lelaki ketiga yang menjadi ‘tangga’.

Satu laporan mengatakan ibu bapa kanak-kanak tersebut mengunci mereka untuk keluar minum.

Dilaporkan, kejadian berlaku disebabkan mereka bermain pemetik api sewaktu ketiadaan ibu bapa mereka, kata satu laporan.

Jiran-jiran yang melihat api mulai membesar membuat pertolongan awal sebelum tibanya pasukan bomba.

Oleh itu, pihak berkuasa Rusia kini sedang membuka siasatan.

Sumber: The Sun

Atiqah Aliah